tag:blogger.com,1999:blog-20538462885532587452024-03-06T09:40:25.765+08:00MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR USM 2010/11Majlis Perwakilan Pelajar USMhttp://www.blogger.com/profile/16307750188266545353noreply@blogger.comBlogger105125tag:blogger.com,1999:blog-2053846288553258745.post-86983107539322170632012-03-28T19:40:00.000+08:002012-03-28T19:40:00.227+08:00PELAJAR DISARAN PELAJARI TEKNIK KEUSAHAWANAN
PULAU PINANG, 28 Feb 2012 – ‘Asas
keusahawanan perlu dipelajari dengan teknik yang betul supaya ilmu yang
diperoleh akan dapat dimanfaatkan sebaiknya jika seseorang melangkah ke
dunia perniagaan nanti.’
Demikian kata Timbalan Dekan, Pusat
Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Prof.Madya Hajar Abd Rahim semasa hadir
merasmikan Bazar Amal Ilmu Kemanusiaan (BAIK) 2012 di Foyer Dewan Tuanku
Syed Putra, Universiti Sains Malaysia (USM) di sini semalam.
Menurut beliau lagi, selain dari memberi
peluang kepada para pelajar bagi mencari dana sendiri untuk tabung
persatuan, hasil-hasil jualan yang diperoleh juga digunakan untuk
disalurkan kepada badan-badan kebajikan.
‘Diharapkan dengan adanya program
seperti ini, ia dapat membangkitkan kesedaran warga USM tentang
tanggungjawab sosial yang harus dipikul bersama,'' ujar beliau.
Bazar amal ini akan berlangsung
selama tiga hari bermula 28 Februari dan disertai oleh hampir 30 gerai
yang menjual pelbagai barangan seperti buku-buku ilmiah, barangan
komputer, makanan dan minuman serta kaunter pendermaan darah yang
dianjurkan bersama Pusat Sejahtera USM.
Artikel dipetik daripada : SINI
Oleh:
Chuah How Siang
Exco Penerbitan, Publisiti & Informasi
Majlis Perwakilan Pelajar 2010/11
Universiti Sains Malaysia
Majlis Perwakilan Pelajar USMhttp://www.blogger.com/profile/16307750188266545353noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2053846288553258745.post-69222785347846532342012-03-05T23:36:00.002+08:002012-03-05T23:36:54.305+08:00PM UCAP TAHNIAH, KAGUM KEBERANIAN PELAJAR
PULAU PINANG, 1 Mac 2012 – Perdana
Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengirimkan ucapan tahniah
dan syabas kepada sekretariat penganjur Pesta Tahun Baru Cina 2012,
Universiti Sains Malaysia (USM) di atas kejayaan menganjurkan program
itu secara konsisten setiap tahun.
Selain tahniah, PM turut melahirkan rasa
kagum dengan keberanian pengarah projek Pesta Tahun Baru Cina USM 2012,
Chuah Wen Xu yang menghantar jemputan kepada beliau secara peribadi
ketika lawatan rasminya ke Pulau Pinang sempena Tahun Baru Cina Januari
lalu.
Ucapan itu disampaikan melalui Menteri
di Jabatan Perdana Menteri, Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, yang hadir
meluangkan masa merasmikan sambutan Pesta Tahun Baru Cina yang
berlangsung di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP), di sini semalam.
Tsu Koon pula dalam ucapannya berkata,
para pelajar USM perlu berbangga kerana program yang dianjurkan itu
mencerminkan gagasan 1 Malaysia yang mana semua pihak merayakan
kepelbagaian dan kebudayaan tanpa mengira kaum.
``Kita juga perlu bersyukur dengan
keharmonian yang ada dalam kepelbagaian, dalam masa yang sama keunikan
pada setiap kaum itu menyumbang kepada perpaduan rakyat di negara ini,’’
katanya.
Turut hadir pada program tersebut ialah
Naib Canselor USM, Prof. Dato’ Omar Osman dan Timbalan Naib Canselor Hal
Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Prof. Adnan Hussein.
Sementara itu, acara sambutan Pesta
Tahun Baru Cina diadakan di kampus USM pada setiap tahun bagi meraikan
kepelbagaian budaya dalam kalangan siswa-siswi kampus, selain turut
menjadi medan mengukuhkan hubungan baik antara kaum.
Ia turut berperanan sebagai wadah dalam mempopularkan acara sambutan perayaan tempatan kepada pelajar-pelajar antarabangsa USM.
Antara yang mencuri tumpuan pada
penganjuran tahun ini adalah persembahan drum oleh pemain drum cilik
berusia empat tahun, Howard Wong, tarian kebudayaan, pertunjukan silap
mata, nyanyian penyanyi terkenal yang juga pelajar USM, Sun Yi Lin serta
artis profesional, Christopher Lay dan sebagainya.
Artikel dipetik daripada : SINI
Oleh:
Chuah How Siang
Exco Penerbitan, Publisiti & Informasi
Majlis Perwakilan Pelajar 2010/11
Universiti Sains Malaysia
Majlis Perwakilan Pelajar USMhttp://www.blogger.com/profile/16307750188266545353noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2053846288553258745.post-13494667478873142732012-03-04T21:38:00.000+08:002012-03-05T23:39:10.075+08:00OKU ANTARA DIRAI SEMPENA PROGRAM PWUSM
Orang Kelainan Upaya (OKU) menjadi
tetamu istimewa dan menerima sumbangan sempena majlis jamuan tengahari
Persatuan Wanita Universiti Sains Malaysia (PWUSM) di Hotel Evergreen
Laurel, di sini baru-baru ini.
Majlis tersebut dihadiri oleh Naib
Canselor USM, Prof. Dato’ Omar Osman dan Puan Sri Fawziah Mohd. Abu
Bakar, isteri kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor
Mohamed Yakcop.
Jamuan yang disertai lebih seratus ahli
persatuan itu turut menyaksikan pelantikan penaung baru PWUSM, Datin
Noraizan Jamaludin, yang juga isteri kepada Naib Canselor USM serta
pelancaran laman sesawang PWUSM.
PWUSM juga turut menerima sumbangan
berjumlah RM3,000 daripada Puan Sri Fawziah dalam majlisyang turut
diselangi pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan tarian,
permainan, cabutan bertuah dan sebagainya.
Artikel dipetik daripada : SINI
Oleh:
Chuah How Siang
Exco Penerbitan, Publisiti & Informasi
Majlis Perwakilan Pelajar 2010/11
Universiti Sains Malaysia
Majlis Perwakilan Pelajar USMhttp://www.blogger.com/profile/16307750188266545353noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2053846288553258745.post-64635639756955569672012-03-03T20:37:00.000+08:002012-03-05T23:38:17.060+08:00FADS REKOD BUKTI JENAYAH SIBER
PULAU PINANG, 29 Feb 2012 – Universiti
Sains Malaysia (USM) melalui pakar teknologi maklumat (IT) dan
penyelidik Pusat Pengajian Sains Komputer (PPSK) berjaya menghasilkan Forensic Analysis and Discovery System atau FADS yang mampu merekod dan mengenal pasti bukti sahih sekiranya berlaku jenayah siber dari dalam dan luar negara.
Ketua Penyelidik merangakap pensyarah
PPSK, Dr. Aman Jantan berkata, sistem pertahanan yang dibangunkan itu
adalah yang pertama di Malaysia yang berupaya menyimpan bukti digital
dan menyediakan laporan lengkap sekiranya berlaku serangan seperti
penggodam, Malware, Spoofing dan sebagainya.
``Sistem ini memudahkan pihak berkuasa
melakukan proses siasatan dengan lebih terperinci dan mampu mengemukakan
bukti pesalah siber tanpa ada sebarang pertikaian” katanya semasa
sidang media khas diadakan di USM, di sini semalam.
Tambahnya lagi, masyarakat di Malaysia
kini terdedah dengan pelbagai risiko jenayah penyelewangan internet
kerana kebanyakan transaksi dan urusan kewangan banyak menggunakan
rangkaian internet.
``Kita mempunyai pelbagai kemudahan
internet seperti perbankan internet, e-dagang, kad kredit dan kemudahan
atas talian lain yang terdedah dengan risiko jenayah siber melalui
rangkaian,’’ ujarnya.
Belaiu berkata, melalui analisa yang
dilakukan, banyak aduan diterima mengenai penggodam transaksi tersebut
tetapi bukti sahih tidak dapat dikemukakan memandangkan sistem sedia ada
tidak mampu menyimpan bukti lengkap mengenai penggodam tersebut.
``Melalui inovasi FADS, sistem rangkaian akan diawasi secara aktif oleh server dan hasil pengawasan digital tersebut akan disimpan di dalam sistem pengkalan data, seterusnya FADS Client akan melakukan analisis untuk mencari bukti kukuh yang berkaitan dengan serangan tersebut,” jelasnya.
Penyelidikan FADS bermula pada bulan
Julai 2012 dengan kos sebanyak RM231,000 yang ditaja oleh geran
Universiti Penyelidikan (RU) USM selama 3 tahun.
FADS turut meraih pingat perak pada
pertandingan penyelidikan kebangsaan, Malaysia Technology Expo (MTE) di
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada pertengahan Februari lalu.
Turut hadir pada sidang media tersbeut
ialah Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Komputer, Bahagian Pengajian
Siswazah dan Penyelidikan, Prof. Ahamad Tajudin Khader.
Artikel dipetik daripada : SINI
Oleh:
Chuah How Siang
Exco Penerbitan, Publisiti & Informasi
Majlis Perwakilan Pelajar 2010/11
Universiti Sains Malaysia
Majlis Perwakilan Pelajar USMhttp://www.blogger.com/profile/16307750188266545353noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2053846288553258745.post-91283711390591973052012-02-29T23:39:00.000+08:002012-03-05T23:40:20.714+08:00ILMU ANTARTIKA: USM SASAR JADI PENYUMBANG UTAMA
PULAU PINANG, 29 Feb 2012 – Universiti
Sains Malaysia (USM) mensasarkan matlamat untuk membantu Malaysia
menjadi penyumbang utama di peringkat global dalam pengetahuan dan
penyelidikan saintifik di benua kelima terbesar dan paling sejuk di
dunia, Antartika.
Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan
Inovasi USM, Prof. Asma Ismail berkata, penyelidikan Antartika berupaya
memberi gambaran yang amat signifikan dalam usaha saintis memahami
proses-proses penting dalam ekologi alam sekitar dan iklim bumi.
Katanya, kajian dan pemantauan secara
lebih terperinci terhadap benua Antartika membolehkan saintis
mendapatkan pelbagai maklumat, termasuk memperoleh petunjuk atau sistem
amaran awal berhubung perubahan penting yang berkaitan dengan bumi.
``Walaupun pada hari ini telah ada
agensi mahupun badan-badan yang menyalurkan pengetahuan mengenai
pembangunan iklim dan biodiversiti Antartika, namun masih wujud jurang
yang memerlukan kerjasama lebih erat di antara negara maju dan
membangun.
``Justeru dengan terbentuknya pasukan
penyelidikan polar@usm, ia secara tidak langsung menjadi platform dalam
menawarkan peluang bagi kerjasama dan pembentukan rangkaian baru di
peringkat nasional dan juga global berhubung isu Antartika,’’ katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya
sempena majlis pelancaran buku polar@usm, serentak dengan penubuhan
polar@usm, satu kluster khas yang bertindak sebagai penyelaras kepada
usaha meningkatkan pembangunan dan penyelidikan kutub dalam kalangan
penyelidik.
Majlis tersebut diadakan serentak dengan
penganjuran bengkel polar@usm yang bertemakan Peluang dan Halatuju
Penyelidikan Kutub anjuran Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS) dengan
kerjasama Pusat Pengajian Sains Kajihayat dan Pusat Kajian Samudera
Pantai USM.
Sementara itu, Pengarah CGSS, Prof.
Madya Dr. Norizan Md. Nor pula berkata, USM berharap dapat menubuhkan
steses kajian tersendiri di Antartika bagi membolehkan saintis-saintis
di Malaysia menjalankan kajian di Antartika dengan lebih sistematik dan
efektif.
``Lebih baik jika negara kita mempunyai
stesen kajian tersendiri di Antartika kerana ia memberi banyak manfaat
khususnya dalam membangunkan satu paltform khas untuk pembangunan ilmu
pengetahuan secara lebih menyeluruh,’’ katanya.
Mengulas penubuhan polar@usm beliau
berkata, sainstis USM kini sedang giat berusaha bagi menjayakan dan
meningkatkan dapatan kajian-kajian berkaitan kutub untuk meluaskan lagi
pemahaman terhadap benua tersebut.
``Polar@usm ini turut menyokong usaha
penyelidikan untuk menambahbaik polisi sains dan penyelidikan kutub,
selain bertindak sebagai platform bagi menyuarakan cadangan dasar dalam
pembentukan pelan pengurusan jangka panjang bagi program penyelidkan
Antartika’’ ujarnya.
Sementara itu, buku polar@usm yang
memuatkan penulisan berkaitan penyelidikan benua antartika oleh
saintis-saintis USM merangkumi maklumat seperti latar belakang, siri
ekspedisi, rangkaian kerjasama dan sebagainya.
Penyelidikan kutub di USM bermula sejak
lebih sembilan tahun lalu dan sehingga kini USM telah melahirkan sepuluh
saintis yang telah menyertai sekurang-kurangnya lima ekspedisi ke
rantau kutub, selain mewujudkan kerjasama dan rangkaian penyelidikan di
peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Artikel dipetik daripada : SINI
Oleh:
Chuah How Siang
Exco Penerbitan, Publisiti & Informasi
Majlis Perwakilan Pelajar 2010/11
Universiti Sains Malaysia
Majlis Perwakilan Pelajar USMhttp://www.blogger.com/profile/16307750188266545353noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2053846288553258745.post-85533482081865508482012-02-17T11:02:00.002+08:002012-02-17T11:02:27.160+08:00USM NAIB JUARA DEBAT DIRAJA 2012
PULAU PINANG, 16 Feb – Barisan pendebat
Universiti Sains Malaysia (USM) muncul naib juara pertandingan Debat
Diraja 2012 kategori bahasa Melayu Utama setelah tewas tipis kepada
Universiti Malaya (UM) dalam gelanggang akhir di Dewan Budaya USM, di
sini semalam.
Selain muncul juara, UM yang diundi
sebagai barisan pembangkang turut menyapu gelaran pendebat terbaik
menerusi kelantangan pendebat ketiganya, Mohd. Firdaus Ahmad yang
memukau penonton dengan hujah pematahnya yang bernas.
Pendebat USM yang bertindak selaku pihak
kerajaan dalam tajuk ‘Dewan ini Mencadangkan Ahli Majlis Kerajaan
Tempatan dipilih melalui Pilihanraya’ terdiri dari Affiqka Humaira
Abdullah, Mohd. Hazry Zainal Abidin, Azimah Ashaari dan Noraninah Murah
(simpanan).
Selai pendebat terbaik, UM pula
membariskan Muhammad Azzairi Rosle, Chan Kheng Fai dan Mohd. Asri Abdul
Jani (simpanan), kesemua mereka adalah pelajar tahun akhir jurusan
undang-undang.
Persaingan sengit yang disaksikan lebih
500 peminat debat itu turut disertai pengumuman pemenang bagi debat
bahasa Inggeris (utama) yang dijuarai Universiti Teknologi Mara (UiTM)
yang menewaskan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di
peringkat akhir.
Kategori bahasa Arab pula diungguli UiAM yang berjaya menumpaskan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’
Saifuddin Abdullah berkata, pertemuan di antara UM, sebuah universiti
premier dan USM yang memegang status APEX (Program Pemacuan untuk
Kecemerlangan) diibaratkan sebagai pertembungan klasik.
Katanya, kedua-dua universiti berada
pada kelas tersendiri dan diketahui sejak sekian lama mempunyai reputasi
yang cukup baik dalam arena perdebatan.
``Namun yang menjadikan ia bertambah
menarik, sejak Debat Diraja diperkenalkan pada tahun 1995, kedua-dua
universiti tidak pernah berpeluang bersemuka di pentas akhir dan perkara
itu berlaku pada hari ini.
``Justeru, saya merasakan pertandingan
akhir ini adalah satu sejarah dan ia amat ditunggu-tunggu oleh semua
pihak,’’ katanya dalam sidang media di sini semalam. Turut hadir ialah
Pemangku Naib Canselor, Prof. Adnan Hussein.
Adnan pula berkata, secara keseluruhan
USM selaku penganjur amat berpuas hati dengan pertandingan yang telah
berlangsung selama empat hari itu, termasuk dalam aspek kemudahan dan
keselesaan peserta, teknikal, logistik dan sebagainya.
Katanya, tiada masalah besar yang
berlaku dan penganjuran debat edisi ke-16 di USM disifatkan berjalan
lancar dan mendapat sambutan membanggakan jika dilihat pada penyertaan
dari universiti-universiti di negara ini.
``Kejayaan pasukan debat USM muncul di
pentas akhir juga memberikan satu signifikasi yang besar kepada
universiti secara keseluruhan, selain kemampuan kita untuk menyerlahkan
pasukan debat bahasa Arab buat julung kalinya pada tahun ini’’ ujar
beliau.
Mengulas lanjut, beliau berkata, USM
akan terus membudayakan debat dalam kalangan masyarakat kampus dan
bercadang untuk melaksanakan pertandingan debat di antara pusat-pusat
pengajian.
``Kita akan sentiasa menambahbaikan
kemantapan dan kualiti pendebat-pendebat USM. Pengenalan kepada debat
antara pusat pengajian ini dilihat sebagai salah satu usaha untuk kita
menambahbaik kualiti sedia ada,’’ katanya.
Sumber: Laman Web USM
Majlis Perwakilan Pelajar USMhttp://www.blogger.com/profile/16307750188266545353noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2053846288553258745.post-56058823319516165822011-12-31T11:19:00.000+08:002011-12-31T11:19:29.670+08:00TIGA SAINTIS MUDA USM TERIMA GERAN BERJUMLAH RM 55,000
PULAU PINANG, 28 Dis - Dua pelajar
ijazah tinggi dan seorang pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM)
dianugerahkan geran penyelidikan sains dan teknologi Malaysia Toray
Science Foundation (MTSF) berjumlah RM 55,000 dalam satu majlis khas
yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Penganugerahan geran tersebut dibuat
bagi membiayai penyelidikan asas yang berkaitan dengan bidang yang
diikuti pelajar berkenaan, selain turut menjadi platform khusus dalam
menyokong usaha kerajaan melahirkan saintis muda berpotensi.
Menurut satu kenyataan dari Bahagian
Penyelidikan dan Inovasi USM, pencalonan bagi mendapatkan geran tersebut
dibuat melalui cadangan dari pihak universiti dan wakil-wakil dari
institusi sains dan sebagainya.
Tiga calon USM berjaya menempatkan diri
dalam kelompok 15 saintis muda yang layak diberikan geran, antaranya
ialah pelajar Ijazah Sarjana dari Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Teh
Yi Lee melalui kajiannya yang bertajuk Phylogenetic analysis of Aspergillus species based on internal transcribed spacer (ITS) and β-tubulin gene sequences.
Yi Lee mendapat geran berjumlah RM
20,000 manakala Pelajar Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dari Pusat
Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral (PPKBSM), Tan Pi Lin
turut merangkul geran dengan jumlah yang sama melalui kajiannya, Investigation of the interaction between Synthetic Porphyrin as an Organic Film and Flexible Substrate.
Turut tersenarai, Dr. Pung Swee Yong
juga pensyarah dari PPKBSM turut berjaya memperoleh geran berjumlah RM
15,000 bagi penyelidikannya, Photocatalytics study of manganese oxide nanowires with different polymeric phase.
Majlis penyampaian geran penyelidikan
tersebut yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Polisi),
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato’ Dr. Sharifah Zarah Syed
Ahmad telah dijalankan di Hotel Intercontinental, Kuala Lumpur baru-baru
ini.
Sumber:Laman Web USM
EXCO PENERANGAN,PUBLISITI & MULTIMEDIA
Majlis Perwakilan Pelajar USMhttp://www.blogger.com/profile/16307750188266545353noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2053846288553258745.post-67607121324117083082011-12-27T18:50:00.001+08:002011-12-27T18:58:53.061+08:00solat hajat perdanasalam...
Majlis Perwakilan Pelajar USM dengan kerjasama desasiswa USM akan mengadakan majlis solat hajat perdana di ketiga - tiga kampus USM di kampus induk, kampus kejuruteraan Nibong Tebal dan kampus kesihatan Kubang Kerian selepas solat Maghrib. Semua dijemput hadir.
semua dijemput hadir...Majlis Perwakilan Pelajar USMhttp://www.blogger.com/profile/16307750188266545353noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2053846288553258745.post-63811195038540069202011-12-24T15:32:00.000+08:002011-12-24T15:32:17.692+08:00Selamat Menghadapi PeperiksaanAssalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia ingin merakamkan ucapan selamat menghadapi peperiksaan akhir semester 1 sidang 2011/2012. Semoga segala usaha mahasiswa dan mahasiswi USM selama ini diberkati dan dipermudahkan oleh Allah S.W.T.
MPPUSM juga ingin mengingatkan kepada pelajar-pelajar yang pulang ke kampung halaman semasa minggu ulangkaji ini agar berhati-hati di jalanraya, PANDU CERMAT JIWA SELAMAT.., Kepada yang tidak pulang ke kampung halaman, luangkanlah masa ulangkaji ini dengan mengulangkaji sebaik mungkin.Ingatlah tanggungjawab kita sebagai mahasiswa,tanggungjawab kita sebagai anak dan pemimpin negara di masa hadapan.
Justeru,MPPUSM sekali lagi mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan..
"YA ALLAH,PERMUDAHKANLAH SEGALA USAHA KAMI DALAM MENEMPUH CABARAN HIDUP YANG ENGKAU BERIKAN, TENANGKANLAH HATI KAMI DALAM MENIMBA ILMU DAN KURNIAKANLAH KESIHATAN YANG BAIK SEMASA KAMI MENGHARUNGI PEPERIKSAAN,AMIN YA RABBAL'ALAMIN"Majlis Perwakilan Pelajar USMhttp://www.blogger.com/profile/16307750188266545353noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2053846288553258745.post-39072908044418606242011-12-22T13:20:00.000+08:002011-12-22T13:20:11.061+08:00YOUTH SEMINAR ON FOREIGN POLICY:JAGA, SETIA DAN RAJIN BERTANYA KUNCI CEMERLANG
PULAU PINANG, 20 Dis – Siswa-siswi yang akan melangkah ke dunia
pekerjaan khususnya di sektor awam disaran supaya lebih fokus kepada
keperluan tugas termasuk menjaga tempat di mana mereka bekerja, setia
dan mengamalkan sikap suka bertanya dalam segala hal.
Pro Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) merangkap Pengerusi Foreign Policy Studi Group
(FPSG), Tan Sri Razali Ismail berkata, ketiga-tiga keperluan itu perlu
dipenuhi bagi menjamin kejayaan individu dalam melaksanakan tugas yang
digalas.
Katanya, graduan perlu tahu tanggungjawabnya menjaga, setia dan
bertanyakan segala persoalan di mana sahaja mereka berkhidmat namun ia
perlu dibuat dengan cara yang berdiplomasi dan beretika.
``Kita perlu tahu menjaga dan mengambil tahu tempat di mana kita
bekerja, memberi kritikan atas hal-hal yang dirasakan perlu serta
menanam semangat kesetiaan yang tinggi.
``Kita juga kena bertanya, baik kepada kakitangan yang lebih senior
atau sesiapa sahaja untuk kepentingan menambah maklumat dan pengetahuan.
Amalan ini perlu dipupuk mulai sekarang namun biarlah dengan cara yang
betul,’’ katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan majlis
penutup Seminar Belia Mengenai Dasar Luar Negara di USM, di sini hari
ini. Turut hadir ialah Naib Canselor USM, Prof. Dato’ Omar Osman dan
Pengarah Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CenPRIS),
Prof. Madya Dr. Azhari Abdul Karim.
Mengulas penganjuran seminar seumpama itu yang julung kali diadakan,
beliau berkata: ``Saya gembira dan terkejut dengan hasil yang telah
dibentangkan sepanjang dua hari ini oleh para peserta.
Mereka mempunyai masa depan yang cerah dan saya berpendapat
sebahagian besar daripada peserta akan mendapat tempat dalam sektor awam
di Malaysia sebaik mereka menamatkan pengajian kelak.’’
Omar pula berkata, para peserta mendapat banyak pendedahan dan
pengalaman berharga dengan adanya pakar-pakar dalam bidang berkaitan
yang turut serta dalam seminar itu, selain turut memberi nilai tambah
kepada mereka dalam mengembangkan pemikiran kritis.
``Kita berharap segala hasil yang dibentangkan dalam seminar dapat
dipanjangkan kepada penerbitan supaya ia lebih memberi impak daripada
dibiarkan begitu sahaja,’’ katanya.
Dalam pada itu, tiga peserta dipilih sebagai terbaik dalam
pertandingan menulis esei yang berkisarkan kepada topik mengenai
kepentingan atau peranan belia dalam memberi sumbangan kepada negara
khasnya dalam hal-hal berkait dengan polisi luar.
Ketiga-tiga mereka ialah pelajar dari Universiti Malaya, Collins
Chong Yew Keat, Nik Mohamed Hussein Nik Ali dari USM dan Mohamad Iqbal
Ab Wahab dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Seminar ini menghimpunkan para belia dari institusi pengajian tinggi
di negara ini yang akan membincangkan dan melihat dengan lebih
terperinci isu-isu yang berhubungkait dengan hal ehwal luar negara,
termasuk yang menyentuk aspek diplomasi, tadbir urus, demokrasi dan
sebagainya.
Sumber: Laman Web USM
MOHD HANIF AHMAD
EXCO PENERANGAN,PUBLISITI DAN MULTIMEDIA
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR USMMajlis Perwakilan Pelajar USMhttp://www.blogger.com/profile/16307750188266545353noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2053846288553258745.post-48891462903186802822011-12-16T20:32:00.000+08:002011-12-16T20:32:18.998+08:00USM : UNIVERSITI PERTAMA TERAJU PROGRAM KEUSAHAWANAN BIDANG FARMASEUTIKALPulau Pinang, 16 Dis. – Universiti Sains Malaysia (USM) mencatat sejarah apabila buat pertama kali dipilih oleh syarikat kimia berprestij negara, Kumpulan Chemical Company of Malaysia (CCM) sebagai universiti pertama Malaysia menerajui bidang keusahawanan dalam bidang farmaseutikal.
Program yang dinamakan Jalinan Universiti dan Industri (JATI) di bawah Chemical Company of Malaysia (CCM) telah memilih USM sebagai peneraju dan kolaborasi bersama bagi mensasarkan 500 usahawan muda dari bidang Farmaseutikal sehingga tahun 2020.
Menurut Prof. Dato’ Omar Osman, Naib Canselor, Universiti Sains Malaysia (USM), program kerjasama di antara CCM dan Pusat Pengajian Sains Farmasi USM diharap dapat membuka dimensi baru buat pelajar yang bergraduan dalam bidang tersebut, bukan sahaja menjadi seorang ahli Farmasi berjaya,malah dibentuk menjadi ahli perniagaan dan usahawan masa hadapan.
“Sekiranya program JATI CCM-USM diambil penelitian secara terancang, saya percaya ia mampu melatih pelajar agar tidak terikat kepada sudut pandangan konservatif dan memupuk graduan agar berkeupayaan menjadi berbeza dengan yang lain melalui penyebaran ilmu untuk faedah masyarakat keseluruhannya,” katanya ketika merasmikan program Jalinan antara Universiti dan Industri (JATI) CCM-USM di Kompleks Cahaya, USM.
Tambahnya lagi, Pusat Pengajian Sains Farmasi bukan sahaja perintis di dalam bidang penghasilan ubat-ubatan, malah telah melahirkan ramai graduan yang berdikari dan bekerja sendiri melalui bidang perniagaan.
“Graduan Farmasi USM senantiasa diperlengkapkan sebaik mungkin bukan sahaja ilmu tetapi juga pengalaman, cantuman ini saling melengkapi dan pastinya akan menguntungkan negara kelak”
Selain itu, Dekan Pusat Pengajian Sains Farmasi, Prof. Syed Azhar Syed Sulaiman berkata, Pusat Pengajian Sains Farmasi telah menghasilkan sumber rujukan pertama di dunia untuk penghasilan perubatan menggunakan sumber bahan yang halal, iaitu Pharmacopia.
“Pihak PPSF melalui kerjasama dan buah idea para pensyarah dan penyelidik telah berjaya menghasilkan Pharmacopia, sumber rujukan pertama dunia untuk ahli farmasi merujuk dan menganalisis bagi mencipta ubat-ubatan menggunakan bahan yang sah dari segi kehalalannya,” katanya selepas majlis perasmian.
Katanya, sekiranya tiada apa-apa halangan, Pharmacopia bakal dilancarkan pada tahun hadapan dan USM merupakan perintis pertama dunia yang menghasilkan sumber rujukan tersebut.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah Amirul Feisal Wan Zahir, Pengarah Urusan Kumpulan Chemical Company of Malaysia (CCM) dan Prof. Sudesh Kumar, Pengarah Jaringan Industri dan Masyarakat USM.
(Sumber: Laman Web USM)
Exco Penerangan,Publisiti & Multimedia
Salam Aspirasi Mahasiswa..
Perhatian kepada sahabat-sahabat warga USM..
MPP akan membuka booth di foyer DK 15/16/19 Disember 2011 untuk menerima pandangan bertulis oleh seluruh warga kampus berkenaan 'apakah yang diinginkan dalam seksyen 15 AUKU yang baru oleh para mahasiswa USM'.
Segala pandangan mahupun pendapat bertulis boleh lah diserahkan kepada MPP @ Blog MPP @ Sahabat MPP yang bertugas di kaunter..
Pandangan saudara-saudari akan dikumpulkan sehingga 20/12/2011 di blog , kaunter ataupun melalui email idzuan_jamalludin@yahoo.com @ ismaliahasimi89@gmail.com dalam bentuk 'words' @ softcopy yang akan di hantar ke Perdana Menteri untuk terus dibawa kepada Jawatankuasa Pembubaran Seksyen 15 AUKU yang diumumkan baru-baru ini.
Di samping itu sahabat-sahabat juga diharap dapat menyalurkan sumbangan derma kepada sahabat kita (pelajar kampus kejuteraan) yang meninggal dunia tempoh hari. Serta kotak aduan akan diletakkan juga di kaunter..
Kerjasama sahabat-sahabat amat dihargai..Terima kasih
"KELESTARIAN TERAS PEMBANGUNAN INSANIVERSITI"
www.sejarawanmuda.com
Radio Televisyen Malaysia (RTM) bersama Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (SKMM) telah melantik Double U Network Sdn. Bhd
untuk menerbitkan rancangan tv berkonsepkan kuiz realiti kenegaraan yang
bertemakan sejarah Malaysia. Sejarawan Muda (13 episod x 60 minit)
akan diterbitkan untuk siaran di TVi (RTM).
Sejarawan Muda yang
dikendalikan oleh seorang hos menawarkan hadiah wang tunai lebih suku
juta ringgit (+RM250,000) untuk para peserta dan penonton di rumah yang
menyertai rancangan ini. Penyertaan hanya dibuka kepada warganegara
Malaysia yang menetap di Malaysia.Pemilihan 14 peserta berumur 17-25
tahun akan diadakan di seluruh Malaysia (sila lihat jadual ujibakat
peserta) di mana hanya peserta yang berpengetahuan dalam sejarah
Malaysia dan memberikan komitmen untuk penyertaan akan dipilih menyertai
Sejarawan Muda.
Pada setiap episod, peserta yang mendapat
markah paling rendah akan ‘terkeluar’ namun mereka akan membawa pulang
hadiah wang tunai iaitu RM98,000 akan dibawa pulang oleh 11 orang
peserta. Pada episod akhir (episod 13) hanya 3 peserta sahaja akan
bertanding untuk merebut hadiah wang tunai RM100,000 (johan), RM30,000
(kedua) dan RM25,000 (ketiga).
Rakaman akan diadakan di studio
tv (Lembah Klang) bersama penonton juga di luar studio, di mana para
peserta akan dibawa ke setiap negeri di Malaysia untuk menjejaki/mencari
bahan sejarah yang terdapat di setiap negeri tersebut.
Pakar-pakar sejarah, Persatuan Sejarah Malaysia dan Muzium Negeri juga dijangka terlibat dalam rancangan Sejarawan Muda ini.
Penonton di rumah juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM10,000
dengan mengumpul dan menjawab 10 soalan mingguan tentang sejarah
Malaysia bersama slogan..
Penerbit:
Double U Network Sdn. Bhd.
23-2A, Tingkat 1, Blok L, Jalan PJU 1/3C,
SunwayMas Commercial Centre,
47301, Petaling Jaya, Selangor.
Tel : +603-78031400
Faks : +603-78031401
E-mel : double_u@streamyx.com, sejarawanmuda@hotmail.com
http://www.sejarawanmuda.co/
Oleh:
Chuah How Siang
Exco Penerbitan, Publisiti & Informasi
Majlis Perwakilan Pelajar 2010/11
Universiti Sains Malaysia
Majlis Perwakilan Pelajar USMhttp://www.blogger.com/profile/16307750188266545353noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2053846288553258745.post-3128192093951690062011-11-21T00:13:00.001+08:002011-11-22T00:14:51.983+08:00SENARAI USUL DAN TUNTUTAN YANG DITERIMA DAN DITOLAK OLEH DEWAN PERUNDINGAN PELAJAR UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (DPPUSM)by Fatin Syamila Fadzil on Monday, November 21, 2011 at 4:52pm
USUL 1 PEMBINAAN SURAU DI FOYER DEWAN KULIAH
TUNTUTAN
1. Membina satu surau yang boleh digunakan oleh semua pelajar tanpa perlu mencari surau yang jauh. - DITERIMA
2.
Mengubahsuai satu atau dua bilik tutorial di kawasan foyer dewan
kuliah sebagai surau yang lengkap dengan kawasan berwuduk.
Pengubahsuaian ini memerlukan kos yang jauh lebih rendah berbanding kos
untuk membina bangunan baru sebagai surau. - DITOLAK
3.
Surau juga hendaklah dilengkapi dengan mikrofon dan pembesar suara yang
akan membolehkan seseorang azan apabila telah masuk waktu solat. -
DITOLAK
USUL 2
MEMOHON MATA MERIT PELAJAR DIPAMERKAN UNTUK TUJUAN PERMOHONAN PENGINAPAN
DESASISWA & MEMANTAU KEMBALI MEKANISME PELAKSANAAN SISTEM MERIT
TUNTUTAN
1.
Menuntut supaya diadakan pencerahan kembali terhadap polisi yang
dilaksanakan oleh pihak pentadbiran mengenai pemberian merit. - TERIMA
2.
Mempamerkan jumlah terkumpul merit pelajar-pelajar pada papan kenyataan
di mana-mana dalam kawasan kampus pada setiap akhir semester sahaja (2x
setahun). - TOLAK
3. Boleh melihat nilai merit pelajar secara terperinci di akaun Campus Online pelajar. - TERIMA
4. PINDAAN Jaminan penempatan secara automatik dalam desasiswa bagi semua pelajar yang aktiF. - TERIMA
5. TAMBAHAN Mata merit juga diberikan kepada sukarelawan untuk PKU yang banyak membantu golongan PKU - TERIMA
USUL 3 PINDAAN USUL PEMBENTANGAN PERUNTUKAN BAJET APEX UNTUK PEMBANGUNAN PELAJAR KEPADA PEMIMPINPELAJAR
TUNTUTAN
1.
BHEPP mengadakan satu majlis yang melibatkan wakil pentadbiran (naib
canselor) dan pemimpin pelajar (MPP, yang Di-Pertua MPD, persatuan dan
kelab yang berdaftar di USM) untuk membentangkan pengurusan bajet APEX
serta memberi ruang kepada pemimpin pelajar memberi cadangan
penambahbaikan. -TERIMA
2. TAMBAHANLaporan audit tahunan universitI dihebahkan kepada umum -TOLAK
USUL 4 TRANSPARENSI PEMARKAHAN ‘COURSEWORK’
TUNTUTAN
1.
Markah setiap pelajar bagi setiap sub-component coursework (kuiz,
tugasan, ujian, projek, dll) jelas dinyatakan dan dimaklumkan kapada
pelajar selewat-lewatnya pada minggu ulangkaji. -TERIMA
2.
TAMBAHAN Pelajar diberi masa tiga (3) hari untuk menyuarakan bantahan
dan meminta penjelasan sekiranya markah coursework adalah tidak
memuaskan - TERIMA
3. TAMBAHAN Bukan sahaja mata sub-component ditunjukkan, malah sistem pemarkahan juga dinyatakan kepada pelajar -TERIMA
USUL 5 DASAR PENGGUNAAN USM WIFI (DARI SEGI LAMAN WEB/SESAWANG YANG DIHALANG AKSESNYA) PERLULAH DIROMBAK DAN DIPERHALUSI SEMULA
TUNTUTAN
1.
Pentadbir sistem Wifi USM merombak dan memperhalusi semula dasar
penghalangan akses laman web yang sedia ada dan memastikan laman web
yang sememangnya berguna kepada warga ataupun sekurang-kurangnya tidak
membawa masalah (seperti contoh yang telah dinyatakan dalam
justifikasi/munasabah di atas) tidak disekat dengan tidak munasabah.
TOLAK
2. Pentadbir sistem Wifi USM menyediakan
pelantar/cara/pungutan suara warga kampus untuk memberikan maklumbalas
secara terus sekiranya laman web yang ingin dilayari pengguna wifi (dan
bukan lucah, spam, pop up atau mempunyai virus) telah disekat aksesnya
dengan tidak munasabah.
TOLAK
3. Pentadbir
sistem Wifi USM menyediakan laporan perbandingan penggunaan bandwidth
dalam kampus sebelum dan selepas Youtube dibenarkan akses dan teruskan
berhubung serta memberi makluman kepada warga kampus tentang usaha
penaiktarafan dan penyelenggaraan yang sedang dan akan dilakukan dengan
giat. TOLAK
4. TAMBAHAN Meminta pihak Universiti memberi perbelanjaan untuk menaiktaraf internet USM -TERIMA
5. TAMBAHAN Meminta internet bagi ketiga-tiga kampus di USM diselaraskan- TERIMA
* Tuntutan 1, 2, 3 ditolak kerana sudah dilaksanakan
USUL 6 PINDAAN USUL MENAIKTARAF MAKMAL KOMPUTER DI SESETENGAH PUSAT PENGAJIAN
TUNTUTAN
1. Penyelenggaraan terhadap komputer yang menggunakan perisian lama perlu dilakukan sekerap mungkin. -TERIMA
2.
Pemeriksaan secara berkala perlu dilakukan agar komputer yang rosak
sentiasa diperbaiki atau ditukar ganti dengan yang baru. -TERIMA
USUL 7 MENINGKATKAN TAHAP KESELAMATAN JALAN RAYA DI HADAPAN PINTU PAGAR A USM KAMPUS KESIHATAN
TUNTUTAN.
1.
PINDAAN Menuntut pihak USM menitikberatkan dan melihat isu berkenaan
meningkatkan tahap keselamatan jalanraya di hadapan pintu pagar A USM
Kampus Kesihatan sebagai satu perkara yang serius. -TERIMA
2.
PINDAAN Menuntut pihak USM untuk menggesa Jabatan Kerja Raya (JKR)
Negeri Kelantan membuat laluan zebra untuk melintas jalanraya ke
seberang jalan di hadapan pintu pagar A bagi pejalan kaki dan seterusnya
meletakkan lampu isyarat pejalan kaki mahupun yang lebih baik daripada
itu. -TERIMA
USUL 8 PENGAWALAN LALULINTAS DALAM KAWASAN USM PERLU DIPERTINGKAN
TUNTUTAN
1.
Jabatan Keselamatan perlu menutup pintu masuk atau mengawal pintu
tersebut dengan hanya membenarkan mereka yang mempunyai kad USM sahaja
masuk semasa waktu tersebut bagi mengelakkan kesesakkan yang
sememangnya berlaku ke atas warga USM sendiri. Cara ini juga bagi
menghalang orang luar masuk ke dalam USM semata-mata untuk melalui jalan
“shortcut”. -TOLAK
2. Pemberian pelekat kenderaan perlu ditapis dan diberikan kepada mereka yang benar-benar aktif dalam organisasi. -TOLAK
3.
Pemeriksaan oleh Jabatan Keselamatan lebih kerap perlu diadakan bagi
memastikan semua kenderaan yang diparking mempunyai pelekat. -TOLAK
4. Denda perlu dikenakan bagi kenderaan yang tidak mempunyai pelekat. -TOLAK
5. TAMBAHANMPP berbincang dengan pihak MPPP untuk memanjangkan masa lampu isyarat. -TERIMA
* Tuntutan 2, 3, 4 ditolak kerana telah dibawa oleh MPP
USUL
9 PINDAAN USUL MEMPERKETATKAN KAWALAN KESELAMATAN DESASISWA DI SEMUA
DESASISWA DAN MEMPERKETATKAN KAWALAN KESELAMATAN DI DESASISWA-DESASISWA
YANG BERPOTENSI UNTUK DICEROBOH SERTA MELONGGARKAN SEDIKIT BIROKRASI
YANG TELAH DITETAPKAN KEPADA PENGAWAL KESELAMATAN
TUNTUTAN
1. Pengawasan perlu diperketatkan dengan melakukan rondaan sekerap mungkin oleh pengawal keselamatan. -TERIMA
2. PINDAAN Menyediakan pengawal keselamatan di setiap blok. -TOLAK
3. PINDAAN Pemasangan grill pada aras yang berpotensi besar untuk diceroboh. -TERIMA
4.
Selain penggawa dan pengurusan, Yang Dipertua Desasiswa juga boleh
memberi kebenaran kepada Jabatan Keselamatan untuk masuk ke desasiswa
sekiranya berlaku kecemasan. -TERIMA
USUL 10 PERKHIDMATAN DOKTOR PERGIGIAN DI SETIAP KAMPUS
TUNTUTAN
1. Perkhidmatan doktor gigi di Kampus Kejuruteraan diteruskan. TERIMA
2.
PINDAAN Memohon pihak pengurusan universiti dapat menyediakan doktor
gigi tempatan atau menyerap graduan lepasan kursus pergigian agar kes
ini tidak akan berulang lagi -TERIMA
3. Memohon agar melantik salah sebuah klinik gigi di sekitar USM dijadikan sebagai klinik panel USM. -TERIMA
USUL 11 YURAN AKTIVITI SEPUNYA UNIVERSITI DIMANSUHKAN DENGAN DITANGGUNG SEPENUHNYA OLEH UNIVERSITI
TUNTUTAN
1. Yuran aktiviti yang dikenakan perlu dimansuhkan. -TERIMA
2.
Pihak universiti perlu menanggung kos tersebut kerana aktiviti yang
dijalankan berfungsi untuk mencari pelajar yang berbakat untuk calon
varsiti yang akan mewakili universiti bagi pertandingan yang dianjurkan
oleh pihak luar. Oleh yang demikian, wajar kos ini ditanggung oleh
universiti kerana hasilnya adalah untuk universiti juga. -TERIMA
USUL
12 AKTIVITI SEPUNYA UNIVERSITI YANG MELIBATKAN RAMAI PESERTA DIADAKAN
DI INDUK MANAKALA AKTIVITI YANG MEMERLUKAN PENYERTAAN SEDIKIT DIADAKAN
DI KAMPUS LAIN
TUNTUTAN
1.
Aktiviti sepunya universiti yang melibatkan ramai penyertaan dijalankan
di Kampus Induk manakala aktiviti yang melibatkan penyertaan sedikit
dibuat di Kampus Kesihatan. TERIMA
2. Ia perlu diselaraskan bagi setiap tahun. TERIMA
3.
Pihak universiti perlu menanggung separuh atau sepenuhnya perbelanjaan
bagi desasiswa Kampus Kesihatan sebagai ganti kepada pertukaran ini.
TERIMA
USUL 13 SEKSUALITI MERDEKA 2011
TUNTUTAN
1. PINDAAN Meminta DPP USM untuk menghantar memorandum supaya mengutuk sekeras-kerasnya program terbabit -TERIMA
2.
Meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap penganjur dan
rakyat Malaysia yang menyertai program terbabit -TERIMA
USUL 14 PENYELARASAN ELAUN PESERTA YANG MEWAKILI DESASISWA MENGIKUT PERINGKAT
TUNTUTAN
1. Pihak universiti perlu menyelaraskan elaun bagi peserta dari semua desasiswa mengikut peringkat.
Contoh :
-PINDAAN Aktiviti dalam kampus : RM 15.00 / seorang
-PINDAAN Aktiviti peringkat luar kampus : RM 25.00 / seorang
DITERIMA
USUL 15
PINDAAN USUL PENANGGUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM KEPADAHARI LAIN SEMASA PELAKSANAANSUKAD DAN TOT DILANGSUNGKAN
TUNTUTAN
1.
PINDAAN Aktiviti kokurikulum perlulah ditangguh semasa berlangsungnya
SUKAD dan TOT bagi memudahkan mereka yang berminat untuk mengikutinya
tanpa halangan -TERIMA
2. TAMBAHAN Memohon pihak
Pusat Kokurikulum agar mengeluarkan surat pelepasan kepada badan pelajar
untuk membenarkan pelajar menyertai SUKAD dan TOT. -TERIMA
USUL
16 PERSAINGAN MERIT UNTUK PELAJAR KURSUS IJAZAH SARJANA MUDA DOKTOR
PERUBATAN(MD) DAN IJAZAH SARJANA MUDA DOKTOR PERGIGIAN(DDS) DILAKUKAN
BERASINGAN DENGAN PELAJAR PUSAT PENGAJIAN SAINS KESIHATAN
TUNTUTAN
1.
Pelajar kursus MD dan DDS akan bersaing sesama mereka manakala pelajar
daripada Pusat Pengajian Sains Kesihatan akan bersaing sesama mereka
untuk mendapatkan penempatan di desasiswa masing-masing. -TOLAK
2.
PINDAAN Pembahagian bilik dilakukan dahulu mengikut nisbah pelajar di
pusat pengajian sebelum menentukan ‘cut off point’ merit bagi pelajar
kursus MD, DDS dan Sains Kesihatan untuk mengelakkan ketidakadilan
terhadap pelajar kursus Sains Kesihatan. -TOLAK
USUL 17 PEMBAYARAN SEPARUH HARGA PENGINAPAN OLEH MPD
TUNTUTAN
1. MPD diberi kelonggaran untuk memilih bilik serta rakan bilik yang aktif dikekalkan. -TERIMA
2.
Yuran penginapan MPD ditanggung separuh oleh universiti dan selebihnya
ditanggung sendiri bagi membezakan MPD dengan ahli lain serta sebagai
ehsan universiti kepada MPD sepanjang perkhidmatan mereka terhadap
desasiswa. TOLAK
3. TAMBAHAN Kuota ahli MPD diadakan; setiap MPD diberikan kuota yang sama untuk setiap desasiswa -TOLAK
USUL 18 PINDAAN USUL PIHAK USM SEHARUSNYA MENINGKATKAN KEBAJIKAN MAHASISWA KELAINAN UPAYA TERUTAMANYA MAHASISWA BUTA
TUNTUTAN
1.
PINDAAN Menyediakan kemudahan bagi mahasiswa/i yang cacat penglihatan
sebagai bentuk empati kepada mereka terutamanya di pusat pengajian dan
desasiswa TERIMA
2. TAMBAHAN Menempatkan PKU di desasiswa yang berdekatan dengan Pusat Pengajian dan Perpustakaan TERIMA
3. Membentuk sekretariat sukarelawan khusus untuk membantu PKU TERIMA
USUL 19 PENGAMBILAN SUNTIKAN PELALIAN VAKSIN 'HUMAN PAPILLOMAVIRUS' (HPV) KEPADA GOLONGAN WANITA KHUSUSNYA SISWI USM
TUNTUTAN
1.
Menuntut agar Pusat Sejahtera USM dan Hospital USM menyediakan suntikan
pelalian vaksin HPV ini secara percuma kepada semua mahasiswi USM.
TERIMA
2. PINDAAN Menuntut agar diberi diskaun 50% bayaran
suntikan pelalian vaksin HPV ini kepada mahasiswi sekiranya tidak dapat
memberikannya secara percuma, mahupun cadangan yang lebihbaik dari itu.
TOLAK
USUL 20 KELESTARIAN BAS-BAS DI USM
TUNTUTAN
Disini,
saya memberi cadangan bahawa setiap bas di USM ditukarkan dari
menggunakan diesel yang semestinya akan menghasilkan asap yang banyak,
kepada penggunaan gas asli seperti bas ‘rapid’ yang tidak mengeluarkan
asap dan mesra alam. Sekiranya tuntutan usul dilaksanakan, tiada lagi
masalah pencemaran udara berlaku dan seterusnya dapat menjamin
kelestarian hari esok.
-TOLAK
USUL
21 (TERGEMPAR) MEMINDA SEKSYEN 15 (5) AKTA UNIVERSITI KOLEJ UNIVERSITI
(AUKU) BAGI MEMMBOLEHKAN MAHASISWA BERPOLITIK DAN MENGHALANG KEMASUKAN
POLITIK LUAR
TUNTUTAN
1. Membuat pindaan semula Seksyen 15 dalam Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) -TOLAK
2. Pihak Universiti tidak membenarkan parti politik untuk masuk ke dalam kampus -TERIMA
* Tuntutan 2 diterima kerana sudah ada dalam peraturan Universiti
USUL
22 (TERGEMPAR) MEMINTA PIHAK USM UNTUK MEMBUAT SATU PERSETUJUAN
PERSEFAHAMAN (MOU) DENGAN PIHAK NGO BAGI MEMBERI PELUANG PEKERJAAN
KEPADA PARA PENDIDIKAN USM
TUNTUTAN
1.
Memohon pihak USM untuk membuat satu persetujuan persefahaman (MOU)
dengan pihak NGO sedia ada dan yang bersedia untuk menerima para
pendidik USM selepas bergraduasi nanti -TOLAK
2.
Memohon pihak USM untuk sentiasa memastikan persetujuan ini akan
berlangsung dan sentiasa digunapakai demi masa depan para pendidik USM.
-TOLAK
3. TAMBAHAN Memohon pihak USM untuk
mencadangkan kepada pihak KPM dan KPT untuk mengadakan kuota penempatan
untuk graduan ISMP Bukan Tajaan Biasiswa KPM di sekolah-sekolah sebanyak
50 % dari jumlah kekosongan -TERIMA
SEKIAN,
Yang menjalankan tugas,
NIK MOHAMED HUSSEIN NIK ALI
Speaker
Dewan Perundingan Pelajar
Universiti Sains Malaysia (DPPUSM)
FATIN SYAMILA BINTI FADZIL
Setiausaha
Dewan Perundingan Pelajar
Universiti Sains Malaysia (DPPUSM)
Artikel dipetik daripada : SINI
Oleh:
Chuah How Siang
Exco Penerbitan, Publisiti & Informasi
Majlis Perwakilan Pelajar 2010/11
Universiti Sains Malaysia
Majlis Perwakilan Pelajar USMhttp://www.blogger.com/profile/16307750188266545353noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2053846288553258745.post-24622957984007101452011-11-21T00:10:00.001+08:002011-11-22T00:11:13.103+08:00DEWAN PERUNDINGAN PELAJAR TOLAK CUBAAN MEMINDA AUKU & KECAM SEKSUALITI MERDEKA
Naib Canselor bersama-sama pelajar kurang penglihatan yang turut menjadi Pemerhati DPPUSM
PULAU PINANG, 19 November: Majoriti
ahli-ahli Dewan Perundingan Pelajar (DPP) Universiti Sains Malaysia
(USM) menolak usul untuk meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej
Universiti (AUKU) sebaliknya meminta agar universiti tidak membenarkan
parti politik memasuki dalam kampus serta menghormati idealisme
mahasiswa.
Usul tergempar itu dikemukakan oleh seorang ahli DPP, Mohd. Iswandy Ishak
dalam persidangan pertama DPP pada Sidang Akademik 2011-2011 yang
bermula jam 9.00 pagi ini yang telah dirasmikan oleh Prof. Dato’ Omar
Osman, Naib Canselor USM. DPP USM mempunyai seramai 58 ahli yang boleh
mengundi dan 51 orang pemerhati.
Usul tergempar tersebut dikemukakan
untuk meminta supaya Seksyen 15 AUKU dipinda untuk membenarkan
penglibatan pelajar universiti dalam politik sama ada dengan bersimpati,
menyokong atau menyertainya tanpa perlukan kelulusan pihak universiti.
Nik Mohamed Hussein Nik Ali, Speaker Dewan membenarkan usul tersebut dibahaskan dan kemudiannya dibuat pengundian.
Ahli-ahli DPP telah membahaskannya
selama kira-kira 40 minit yang sebahagian besarnya berpendapat bahawa
Seksyen 15 AUKU tidak wajar dipinda dan perlu dikekalkan kerana ia akan
mengancam proses pembelajaran pelajar serta mengganggu ekosistem
pengajian yang ada sehingga menjejaskan proses penjanaan dan pembangunan
ilmu di kampus terutamanya dalam kalangan pelajar.
Seramai 46 orang ahli mengundi menolak usul tersebut, manakala 12 orang ahli menyokong.
Mengulas pandangan dan semangat yang
dibawa oleh ahli-ahli Dewan pada hari ini, Nik Mohamed Hussein berkata,
“Secara majoritinya kami berharap agar universiti memandang serius
perkara ini dan jangan sama sekali membenarkan parti politik
mengembangkan pengaruhnya secara langsung dalam kampus dengan mengajak
siswa-siswi terlibat sama sehingga akhirnya idealisme mahasiswa akan
terjejas dan terhakis.”
Ahli Dewan Muhammad Idzuan Jamalludin
berpendapat jika AUKU dipinda ia akan mengancam keseluruhan ekosistem
kampus yang ada sekaligus mengganggu proses pembelajaran kerana terikat
dengan kepentingan politik berparti yang sukar untuk dikawal.
Katanya lagi, di universiti sudah cukup
banyak ruang dan kebebasan yang diberi kepada siswa-siswi untuk
mematangkan diri dan melibatkan diri dalam politik kampus yang bebas
daripada ideologi mana-mana parti politik yang khusus sebaliknya
berusaha membangunkan diri untuk menjadi pemimpin pada masa depan.
Tambah Muhammad Idzuan yang juga Presiden Majlis Perwakilan Pelajar USM,
AUKU sebenarnya berusaha untuk mengekalkan kebebasan mahasiswa daripada
diikat oleh mana-mana parti politik. Campur tangan pihak luar
dikhuatiri akan memberi kesan besar kepada mahasiswa apatah lagi untuk
bersikap bebas dan mencari kebenaran melalui proses penjanaan ilmu yang
dilakukan selama ini.
Persidangan sehari ini, membahaskan 20
usul yang berkaitan dengan kebajikan mahasiswa, pembinaan surau di dewan
kuliah, merit pelajar, ketelusan markah kerja kursus, menaik taraf
komputer, masalah lalu lintas, perkhidmatan pergigian, meningkatkan
kebajikan Orang Kelainan Upaya (OKU), pembentangan bajet APEX dan
pengambilan suntikan HPV untuk pelajar.
Turut dibahaskan ialah isu penganjuran
Seksualiti Merdeka 2011 yang ditolak dan dikecam sekeras-kerasnya oleh
ahli-ahli Dewan yang menganggapnya sebagai keterlaluan dan bertentangan
dengan nilai-nilai yang dipegang oleh masyarakat yang beragama dan
bermoral.
Dewan turut membincangkan dan meluluskan
dengan pindaan usul tergempar yang meminta agar Universiti bersama-sama
menangani isu graduan Pendidikan yang tidak diberikan penempatan untuk
mengajar sebaliknya meminta supaya diadakan persefahaman dengan pelbagai
pihak untuk mencari jalan penyelesaian bagi membantu mereka mendapat
pekerjaan dan petempatan.
Dari 20 usul yang dibentang, 17 daripadanya diterima dan dibuat pindaan manakala selebihnya ditolak oleh ahli-ahli Dewan.
Persidangan DPP kali ini berakhir jam
6.30 petang ini. DPP ditubuhkan pada tahun lalu oleh USM sebagai
manifestasi dari Parlimen Mahasiswa yang memberikan kebebasan sepenuhnya
kepada mahasiswa untuk mengemukakan usul, memilih dan membahas untuk
diterima atau ditolak tanpa campur tangan universiti.
Artikel dipetik daripada : SINI
Oleh:
Chuah How Siang
Exco Penerbitan, Publisiti & Informasi
Majlis Perwakilan Pelajar 2010/11
Universiti Sains Malaysia
Majlis Perwakilan Pelajar USMhttp://www.blogger.com/profile/16307750188266545353noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2053846288553258745.post-23089790884379009292011-11-21T00:10:00.000+08:002011-11-22T00:10:35.318+08:00USM BERHASRAT WUJUDKAN DPP SEDUNIA
PULAU PINANG, 19 Nov – Universiti Sains
Malaysia (USM) berhasrat untuk meneroka peluang bagi melaksanakan satu
Dewan Perundingan Pelajar (DPP) di peringkat dunia bagi meningkatkan
martabat ilmu dan memperkasakan mahasiswa secara holistik.
Naib Canselor USM, Prof. Dato’ Omar
Osman berkata, sudah tiba masanya mahasiswa universiti berfikiran di
luar kotak bagi membezakan mereka dengan pihak lain, sekaligus
membuktikan berada pada tahap yang tinggi dalam bidang yang dimulakan
dan menjadi kekuatan universiti.
Katanya, dalam konteks DPP, mahasiswa
disaran untuk lebih proaktif dengan pengaplikasian konsep diplomasi ilmu
untuk menjadikan sebahagian Ahli Dewan yang melibatkan juga kepentingan
pelajar antarabangsa.
``Kita perlu memperkasakan DPP dan
tampil unik serta berbeza dengan orang lain. Cadangan DPP sedunia
dilihat signifikan untuk membincangkan pelbagai isu-isu yang melibatkan
kepentingan pelajar antarabangsa baik di sini atau di luar sana,’’
katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan
sempena Majlis Pembukaan Rasmi DPP USM di sini hari ini. Persidangan ini
adalah yang pertama untuk sidang pengajian 2011/2012 dan menjadi
kesinambungan kepada usaha yang telah dimulakan tahun-tahun sebelumnya.
Omar turut berkata, DPP yang menjadi
manifestasi kepada parlimen mahasiswa adalah medan untuk para pelajar
memberi, menerima, memilih usul, berdebat dan berbahas secara sihat
serta membuat keputusan secara mandiri tanpa campur tangan universiti
mahupun pihak lain.
Tambah beliau, ia juga adalah satu
proses transformasi untuk memberi makna kepada kebebasan yang menjadi
sebahagian daripada autonomi terpimpin dan berakauntabiliti, yang pada
akhirnya dapat membentuk sahsiah dan cara hidup siswa-siswi.
``Saya juga ingin mengingatkan bahawa
apa jua yang kita lakukan termasuk mengamalkan nilai-nilai kebebasan
harus berteraskan kepada prinsip hormat-menghormati. DPP yang mengambil
semangat kebebasan bersuara, berbahas dan berdebat perlu berpegang
kepada prinsip itu.
``Dalam tindakan kita, batas etika dan
sempadan yang mebawa kepada kekeruhan hubungan, kekeliruan, tindakan
peribai dan melayan perasaan sendiri perlu dielakkan,’’ katanya.
Beliau turut memberi penringatan kepada
Ahli Dewan untuk tidak berpuas hati dengan perkara yang telah dicapai
kerana ia dikhuatiri membawa seseorang ke jurang bahaya.
``Bersikap selesa hanya akan mengherat
kita untuk berhadapan dengan masalah yang tidak sepatutnya dan oleh
kerana itu mahasiswa perlu melihat dan menghayati motto USM iaitu Kami
Memimpin dengan sepenuh hati,’’ jelas beliau.
Artikel dipetik daripada : SINI
Oleh:
Chuah How Siang
Exco Penerbitan, Publisiti & Informasi
Majlis Perwakilan Pelajar 2010/11
Universiti Sains Malaysia
Majlis Perwakilan Pelajar USMhttp://www.blogger.com/profile/16307750188266545353noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2053846288553258745.post-79785203558643246682011-11-21T00:09:00.000+08:002011-11-22T00:09:35.279+08:00USM SEDIA BANTU PELAJAR
Profesor Dato' Omar Osman bersama-sama kenamaan lain meraikan pelajar-pelajar terbaik dan ibu bapa.
NIBONG TEBAL, 18 November, Universiti
Sains Malaysia (USM) sedia bantu pelajar untuk menguasai ilmu
pengetahuan terutamanya dalam subjek seperti Bahasa Inggeris, Sains dan
Matematik melalui kelas tambahan semasa cuti.
Hal ini dinyatakan
oleh Profesor Dato' Omar Osman, Naib Canselor USM ketika menghadiri
Majlis Makan Malam dan Pelancaran Kelab Alumni Sekolah Kebangsaan Sg.
Setar di sini malam ini.
Omar adalah bekas pelajar sekolah tersebut.
Beliau
turut menyeru guru-guru dan mereka yang berkelayakan untuk memohon
masuk mengikuti pengajian di USM termasuk melalui pengajian jarak jauh.
"Dengan cara ini kita dapat tingkatkan ilmu untuk memajukan kerjaya dan masa depan," kata Omar.
Turut
hadir ialah Dato' Hj Zainal Abidin Hj Osman, Penasihat Kementerian
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Yang Dipertua PIBG, Hj Rashdi Hj
Zinol serta guru besar, guru-guru dan pemimpin tempatan.
Pada
majlis yang sama, disampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar yang
mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini.
Berita & Foto: Mohamad Abdullah
Artikel dipetik daripada : SINI
Oleh:
Chuah How Siang
Exco Penerbitan, Publisiti & Informasi
Majlis Perwakilan Pelajar 2010/11
Universiti Sains Malaysia
Majlis Perwakilan Pelajar USMhttp://www.blogger.com/profile/16307750188266545353noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2053846288553258745.post-23482481471621506962011-11-21T00:08:00.000+08:002011-11-22T00:08:35.159+08:00GABENOR JENERAL KANADA KONGSI PANDANGAN SAMA
PULAU PINANG, 17 Nov – Gabenor Jeneral
Kanada, David Johnston berkongsi pandangan yang sama dan bersetuju
dengan konsep ilmu yang diterapkan di Universiti Sains Malaysia (USM)
yang tidak meletakkan jurang di antara kedua-dua bidang sains dan
sastera.
Katanya, sains dan sastera adalah
disiplin ilmu yang berhubungkait di antara satu sama lain dan tiada
garisan yang mengasingkannya kerana kedua-dua ilmu itu wujud untuk
mencari dan mendedahkan kebenaran.
``Perkara ini mengingatkan saya kepada
beberapa individu terkenal di dunia yang mana mereka menggabungkan
kedua-dua cabang ilmu itu dan menghasilkan output yang mampu mencipta
sejarah dan terkenal di serata pelosok dunia,’’ katanya.
Beliau berkata demikian dalam syarahannya yang bertajuk The Diplomacy of Knowledge: Education and Globalisation in the 21st Century di sini baru-baru ini. Turut serta dalam syarahan itu ialah Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Mohamad Khaled Nordin.
Tambah Johnston, antara tokoh yang
dimaksudkannya adalah Mendiang Steve Job yang unggul dengan teknologi
yang dibawanya melalui produk Apple serta Da Vinci dengan hasil seninya
yang sehingga kini tidak dapat ditandingi.
Beliau turut berkata, universiti pada
hari ini juga perlu memainkan peranan penting dalam membina dunia yang
lebih pintar dan sejahtera.
``Dengan itu, universiti harus tahu hala
tujunya selain dari menjadi tempat untuk pelajar mendapatkan ilmu yang
terbaik. Kita harus tampil unik dangan mengenalpasti dan membangunkan
kekuatan dan kepakaran sendiri yang mapan,’’ jelasnya.
Beliau juga turut melahirkan rasa kagum
dengan pencapaian yang dilakukan Malaysia, khususnya dalam membangunkan
bakat manusia yang disifatkannya sebagai sangat penting untuk merubah
keadaan manusia.
Beliau yang pertama kali ke negara ini
30 tahun dahulu turut menyuarakan rasa senang dengan aspirasi para
pemimpin di negara ini yang memahami kepentingan dalam menjadikan ilmu
sebagai satu agen bagi memberi sinar baru dalam kehidupan manusia.
Katanya, ilmu mempunyai kuasa yang
tersendiri yang mana ia perlu dijadikan perkara penting untuk
meningkatkan kemampuan dan daya saing manusia.
Sementara itu, Naib Canselor USM, Prof.
Dato’ Omar Osman pula berkata, USM sentiasa berusaha untuk meluaskan
jaringan kerjasama dengan pihak antarabangsa dan kesempatan mengikuti
syarahan itu bersama Johnston dilihat bertetapan dengan usaha itu.
``Topik yang dibincangkan pada hari ini
juga amat berkaitan dengan USM dan berharap lebih banyak kolaborasi
dapat direalisasikan dengan pihak luar khasnya Kanada bagi mengangkat
martabat bidang ilmu,’’ katanya.
Artikel dipetik daripada : SINI
Oleh:
Chuah How Siang
Exco Penerbitan, Publisiti & Informasi
Majlis Perwakilan Pelajar 2010/11
Universiti Sains Malaysia
Majlis Perwakilan Pelajar USMhttp://www.blogger.com/profile/16307750188266545353noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2053846288553258745.post-53122544256741304482011-11-21T00:07:00.000+08:002011-11-22T00:08:59.585+08:00DUA PROGRAM SARJANA USM DIIKTIRAF ANTARA 100 PROGRAM SARJANA TERBAIK DUNIA
PULAU PINANG, 17 NOVEMBER 2011: Program
Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pembangunan Lestari) dan Sarjana Sains
(Pembangunan Perlancongan) Universiti Sains Malaysia (USM) tersenarai
antara 100 program pengajian terbaik dunia di peringkat ijazah sarjana.
Pengiktirafan tersebut diberikan oleh
laman web ‘Eduniversal Ranking of the Best Masters and MBA Programs
Worldwide 2001’ yang berpusat di Paris, Perancis mengikut makluman
Pengarah Kerjasama Antarabangsa Eduniversal, Marie-José SUEIRO.
Kedua-dua program berkenaan tersenarai
di bawah kelompok ‘Top 100 Best Masters in Tourism and Hospitality
Management Global Ranking’ yang dibangunkan oleh Eduniversal hasil
penyelidikan selama 18 bulan ke atas 12,000 program pengajian sarjana di
1,000 buah pusat pengajian perniagaan di seluruh dunia.
Selain kedua-dua program berkenaan, tiga
lagi program pengajian ijazah sarjana di USM iaitu Sarjana Sastera
(Komunikasi), Sarjana Sains (Pengurusan projek) dan Sarjana Pengurusan
turut tersenarai sebagai antara antara 200 Program Sarjana Terbaik di
bawah kelompok yang sama.
Pemilihan tersebut dibuat oleh
Jawatankuasa Saintifik Antarabangsa Eduniversal berdasarkan tiga
kriteria iaitu reputasi program pengajian yang ditawarkan, kadar gaji
pertama yang diterima oleh graduan program berkenaan dan kepuasan
pelajar.
Dalam laman web yang sama, Pusat
Pengajian Pengurusan USM turut diiktiraf sebagai antara pusat pengajian
perniagaan terbaik di Malaysia.
Senarai program ijazah sarjana terbaik mengikut penarafan Eduniversal boleh didapati di laman web www.eduniversal-ranking.com.
Artikel dipetik daripada : SINI
Oleh:
Chuah How Siang
Exco Penerbitan, Publisiti & Informasi
Majlis Perwakilan Pelajar 2010/11
Universiti Sains Malaysia
Majlis Perwakilan Pelajar USMhttp://www.blogger.com/profile/16307750188266545353noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2053846288553258745.post-15699171750023980332011-11-21T00:06:00.000+08:002011-11-22T00:06:49.837+08:00PPSK RANGKUL ANUGERAH INOVASI NEGARA
PULAU
PINANG, 17 Nov – Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Universiti
Sains Malaysia (USM) melakar kejayaan membanggakan apabila dinobat
sebagai penerima Anugerah Inovasi Negara (AIN) kategori Perkhidmatan di
Kuala Lumpur, semalam.
Kumpulan yang dikenali dengan nama
Lestari itu tampil dengan inovasi unik kerusi roda yang boleh diubahsuai
menjadi katil untuk kegunaan pesakit yang sedang dalam proses rawatan
pemulihan.
Lestari dibarisi sekumpulan kakitangan
PPSK yang terdiri daripada kakitangan pelbagai peringkat termasuk
sokongan sehingga membawa kepada penglibatan pensyarah.
Kejayaan PPSK mengenepikan cabaran lebih
300 kumpulan lain yang datang dari seluruh pelusuk negara yang mewakili
jabatan/agensi masing-masing itu turut membuktikan keupayaan jabatan
tersebut dalam mendukung asspirasi universiti dengan perkhidmatan yang
berkualiti dan inovatif.
AIN diadakan bersempena Persidangan dan
Pameran Inovasi Kebangsaan (NICE 2011), bertujuan untuk mengiktiraf
usaha inovasi dan kreativiti yang menjana idea, ciptaan dan produk siap
dalam sains dan teknologi serta menyumbang dalam pembangunan ekonomi
negara.
Empat kategori utama yang
dipertandingkan adalah produk, perkhidmatan, akar umbi dan sekolah yang
mana setiap pemenang akan membawa pulang hadiah wang tunai dari RM
10,000 ke RM 50,000, piala dan sijil penghargaan.
PPSK terdahulu muncul antara 10 agensi
terbaik yang dipilih sebagai finalis sebelum diisyhtihar pemenang,
sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 50,000. piala
serta sijil yang disampaikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan
Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus J. Ongkili di Pusat Dagangan Dunia Putra
(PWTC) semalam.
Artikel dipetik daripada : SINI
Oleh:
Chuah How Siang
Exco Penerbitan, Publisiti & Informasi
Majlis Perwakilan Pelajar 2010/11
Universiti Sains Malaysia
Majlis Perwakilan Pelajar USMhttp://www.blogger.com/profile/16307750188266545353noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2053846288553258745.post-27686665196479879752011-11-21T00:05:00.000+08:002011-11-22T00:06:02.147+08:00GABUNGAN KERJASAMA: AMALAN USM TARIK PERHATIAN YANG DIPERTUA NEGERI
PULAU PINANG, 14 Nov – Pemuafakatan dan
semangat bekerjasama seperti yang diamalkan warga Universiti Sains
Malaysia (USM) disifatkan sebagai satu langkah terbaik dalam mengekalkan
momentum kecemerlangan universiti.
Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun
Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Abbas berkata, beliau tertarik
dengan gabungan kerjasama di antara para pelajar, pensyarah, pentadbir
dan sebagainya yang dilihat membuahkan hasil yang sangat
memberangsangkan dalam segala hal yang dilakukan.
Katanya, usaha tersebut wajar diteruskan
dan ditambahbaik dengan memanjangkan kerjasama bersama pihak luar
khususnya pihak kerajaan dalam memastikan matlamat gedung ilmu untuk
mengubah taraf sosio ekonomi masyarakat dapat dicapai dengan lebih
efketif.
``Perkara-perkara yang dilakukan pelajar
dan universiti secara keseluruhannya akan sentiasa didukung oleh
kerajaan kerana ia adalah satu usaha yang baik ke arah meningkatkan
kualiti hidup masyarakat.
``Kerjasama USM dengan badan-badan bukan
kerajaan sehingga melangkaui ke negara-negara miskin seperti Bangladesh
juga adalah satu usaha murni yang cukup baik untuk diteruskan,’’ ucap
beliau ketika merasmikan Projek Kelestarian APEX di sini baru-baru ini.
Pelancaran projek-projek lestari APEX
yang dilaksanakan di bawah Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS) dengan
kerjasama beberapa pihak seperti Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
melalui Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar (BHEPP).
Ia merangkumi pelbagai aktivi khusus
termasuk program Nafas Lestari, Skuad Kelestarian, kempen “Say No to
Plastic Bags”, “Stop Reuse Let’s Reduce” “White Coffin” dan “Let’s
Cycle” yang bertujuan memupuk kesedaran tentang kepentingan konsep
lestari dan bagaimana ianya boleh direalisasikan dalam kehidupan
seharian masyarakat.
Tun terdahulu menonton video
‘Mengembalikan Senyumanmu’ yang menceritakan tentang usaha USM melalui
kerja amal bersama MERCY Malaysia dalam memberi bantuan perubatan
(pembedahan) kepada pesait-pesakit sumbing yang tidak berkemampuan di
Bangladesh.
Beliau turut menegaskan, universiti
bukan sekadar tempat untuk siswa-siswi mendapatkan segulung ijazah
sebaliknya menjadi tempat untuk mereka menimba dan melatih diri bagi
berkhidmat kepada masyarakat di sekeliling dan di seluruh dunia.
Sementara itu, Naib Canselor USM, Prof.
Dato’ Omar Osman pula berkata, USM sebagai satu-satunya institusi
berstatus APEX negara melalui program-program turun padang ingin
menyemai bakti kepada golongan masyarakat terkebawah.
``USM selaku sebuah gedung ilmu mahu
berusaha sebaik mungkin dalam melakukan pemindahan ilmu, sekaligus
mengurangkan jurang sosio-ekonomi dan mentransformasikan masyarakat agar
lebih sejahtera dan lestari.
``Usaha-usaha yang lestari ini perlu
digandakan supaya ia kelak menjadi satu budaya unik di USM serta
dicontohi oleh segenap lapisan masyarakat. Ia akan menjadi satu budaya
menguntungkan khususnya untuk kepentingan generasi akan datang,’’
katanya.
Artikel dipetik daripada : SINI
Oleh:
Chuah How Siang
Exco Penerbitan, Publisiti & Informasi
Majlis Perwakilan Pelajar 2010/11
Universiti Sains Malaysia
Majlis Perwakilan Pelajar USMhttp://www.blogger.com/profile/16307750188266545353noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2053846288553258745.post-71421896090025521122011-11-21T00:04:00.000+08:002011-11-22T00:04:39.189+08:00TUANKU CANSELOR HARGAI JASA MANTAN NC
PULAU PINANG, 10 Nov – Tuanku Canselor,
Universiti Sains Malaysia (USM), Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum
Tuanku Syed Putra Jamalullail menyampaikan titah penghargaan baginda
kepada mantan Naib Canselor USM, Prof, Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul
Razak di sini baru-baru ini.
Titah baginda, Dzulkifli disifatkan
sebagai salah seorang pemimpin yang mempunyai karakteristik kepimpinan
yang cemerlang dan sumbangan beliau sepanjang meneraju USM hampir 11
tahun tidak terucap hanya dengan ucapan terima kasih.
Baginda bertitah, selain mempunyai
karisma tinggi, Dzulkifli turut dikenali sebagai seorang pemimpin yang
sentiasa memberi dorongan dan sokongan kepada kakitngan khususnya jika
berlaku sebarang kesulitan dan sebagainya.
``Walaupun beliau sudah tidak lagi
bergelar Naib Canselor USM, namun saya berharap beliau dapat kembali ke
USM untuk berbincang dan memberi tunjuk ajar, buah fikiran dan cadangan
bernas untuk manfaat universiti ini,’’ titah baginda sempena
keberangkatan ke majlis Sanggar Sanjung Mantan Naib Canselor itu di sini
baru-baru ini.
Majlis yang dianjurkan khas bagi
menghargai sumbangan besar yang telah dilaksanakan Dzulkifli sepanjang
bergelar Naib Canselor itu turut dihadiri Ahli-ahli Lembaga Gabenor
Universiti, Naib Canselor dan Pegawai-pegawai utama universiti.
Sementara itu, Naib Canselor, Prof.
Dato’ Omar Osman pula berkata, USM amat terhutang budi kepada Dzulkifli
yang telah bekerja keras dan tidak pernah jemu dalam menjadikan USM
sebagai model ikutan dan pakar rujuk kepada pemikiran masa depan.
Katanya, Dzulkifli juga sering
memberikan motivasi, mempunyai pemikiran yang berbeza dan bersedia
melakukan eksperimen terhadap apa jua perkara yang diyakininya.
``Antara yang segar dalam ingatan
sehingga kini adalah perkataan lestari yang menjadi makin sinonim dengan
universiti, yang bermula dari ucapannya sehingglah ia kini meniti dalam
percakapan mahu pun pemikiran pelbagai pihak dari dalam mahu pun luar
negara.
``Beliau percaya kepada keperluan untuk
melihat masa hadapan dan yakin bahawa kita perlu sentiasa merancang dan
positif dalam menentukan hala tuju, kehidupan dan senario yang akan
ditepuhi pada masa depan,’’ katanya.
Tambah Omar, jasa dan sumbangan
Dzulkifli juga amat besar khususnya dalam menggerakkan universiti untuk
muncul sebagai satu-satunya universiti di negara ini yang diberi mandat
untuk menggalas amanah sebagai universiti APEX (program Pemacuan untuk
Kecemerlangan).
``USM sentiasa melihat peluang untuk
terus bekerjasama dengan beliau dan sedia menerima pemikiran, teguran
serta pandangan demi masa depan universiti ini,’’ katanya dalam majlis
yang turut menyajikan pelbagai persembahan yang menyingkap pengorbanan
dan memori bersama Dzulkifli di USM itu.
Artikel dipetik daripada : SINI
Oleh:
Chuah How Siang
Exco Penerbitan, Publisiti & Informasi
Majlis Perwakilan Pelajar 2010/11
Universiti Sains Malaysia
Majlis Perwakilan Pelajar USMhttp://www.blogger.com/profile/16307750188266545353noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2053846288553258745.post-87569667943821382662011-11-21T00:03:00.000+08:002011-11-22T00:04:00.322+08:00SCHLUMBERGER SUMBANG PERISIAN GEOFIZIK TERKINI: SUMBANGAN BANTU TINGKAT KUALITI GRADUAN PULAU PINANG
PULAU PINANG, 10 Nov – Schlumberger,
syarikat eksplorasi geofizik gergasi dunia menyumbang sepuluh lesen
perisian pemprosesan data seismik kepada Pusat Pengajian Sains Fizik
(PPSF), Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai sokongan kepada
pembangunan akademik di universiti.
Perisian tersebut sekaligus dapat
membantu para pelajar Geofizik USM khususnya di peringkat ijazah pertama
untuk menambahkan kemahiran mereka dan menguasai perisian terkini yang
digunakan secara meluas dalam sektor industri di seluruh dunia itu.
Naib Canselor USM, Prof. Dato’ Omar
Osman berkata, lesen berkenaan turut memberi nilai tambah kepada USM
khususnya kepada para pelajar dan pensyarah jurusan Geofizik dalam
mengendalikan proses penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran.
``Ia turut membantu melatih para pelajar
USM dalam mempersiapkan diri untuk melangkah ke alam kerjaya khasnya
dalam eksplorasi bidang minyak dan gas,’’ katanya dalam sidang media
sempena majlis penyerahan lesen perisian itu di sini hari ini.
Tambah beliau, sumbangan oleh
Schlumbeger itu juga menunjukkan satu lagi hasil usahasama USM dengan
pihak industri dalam memastikan graduan yang dihasilkan USM berkualiti
dan memenuhi keperluan industri.
``USM sentiasa menambahbaik dan membuat
pemantauan dalam kursus-kursus yang ditawarkan termasuk dalam proses
pengajaran dan pembelajaran supaya universiti dapat melahirkan graduan
yang berkemahiran dan mempunyai kobolehpasaran yang tinggi,’’ katanya.
Katanya, setiap tahun USM berjaya
melahirkan purata 25 graduan Geofizik dan kebanyakan daripadanya
diterima bekerja di syarikat-syarikat berasaskan minyak dan gas di
seluruh dunia.
Sementara itu, Naib Presiden Asia,
Schlumberger Information Solution, A. Hatta Kamaruzzaman pula berkata,
pihaknya memilih USM sebagai antara penerima sumbangan perisian itu
berdasarkan kepada kredibiliti dan kecemerlangan universiti tersebut.
``USM adalah antara universiti terkemuka
di negara ini yang menawarkan kursus dan melahirkan graduan Geofizik
yang sangat baik,’’ katanya sambil menyifatkan perisian tersebut turut
disumbangkan kepada lebih 100 universiti di seluruh dunia.
Tambah beliau, Schlumberger sedia
memberikan komitmen padu kepada USM dan menyokong usaha pembangunan
universiti, termasuk dengan menwarkan bantuan melatih tenaga mahir dalam
penggunaan perisian terkini yang dihasilkan syarikat mereka.
Artikel dipetik daripada : SINI
Oleh:
Chuah How Siang
Exco Penerbitan, Publisiti & Informasi
Majlis Perwakilan Pelajar 2010/11
Universiti Sains Malaysia
Majlis Perwakilan Pelajar USMhttp://www.blogger.com/profile/16307750188266545353noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2053846288553258745.post-83787360737172924422011-11-21T00:02:00.000+08:002011-11-22T00:03:15.242+08:00MUSTAFA MANSUR TOKOH INDUSTRI PERTAMA MALAYSIA TERIMA ANUGERAH COMMANDER OF THE CIVIL MERIT SEPANYOL
KUALA LUMPUR, 9 November 2011: Tan Sri
Datuk Mustafa Mansur, ahli Lembaga Gabenor, Universiti Sains Malaysia
mencatat sejarah apabila menjadi antara rakyat Malaysia pertama di
negara ini yang terpilih menerima anugerah ‘Commander of the Civil
Merit’ dari King Juan Carlos dari Sepanyol.
Anugerah tersebut yang diberikan sebagai
penghargaan di atas sumbangan beliau di dalam menggalakkan perdagangan
dua hala, pelaburan dan hubungan perniagaan antara Malaysia dan Sepanyol
disampaikan oleh Duta Sepanyol ke Malaysia, Maria Bassols dalam satu
majlis khas di Kuala Lumpur pada 17 Oktober lalu.
Mustafa yang juga Presiden Persekutuan
Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) sebelum ini pernah menerima satu lagi
anugerah negara luar iaitu ‘Grand Officiale of the Order of Solidarity’
dari Itali pada tahun 2006.
Selain Mustafa, Dato’ Mohd Zain Mohd
Dom, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan turut menerima anugerah yang sama di majlis tersebut.
Menurut Maria, Mustafa telah memainkan
peranan penting di dalam penubuhan Dewan Perniagaan Sepanyol-Malaysia di
mana beliau turut menjadi pengerusi bersama.
Mustafa ketika berucap berkata sukan
boleh menjadi aset penting di dalam pengukuhan hubungan diplomatik dan
ekonomi antara Malaysia dan Sepanyol.
“Dalam kes ini, bola sepak misalnya
adalah acara yang mempunyai ramai peminat di kedua-dua negara. Sepanyol
mungkin dapat memikirkan kemungkinan untuk membawa kelab terkenal Real
Madrid dan Barcelona yang sememangnya telah menjadi jenama Sepanyol yang
cukup terkenal di negara ini,” kata beliau.
Mustafa, anak kelahiran Padang Gajah,
Larut Matang, Perak adalah alumni USM setelah tamat pengajian di
universiti ini pada tahun 1976 dengan Ijazah Sarjana Muda Sains
Kemasyarakatan (Kepujian) (Sains Politik). Selain menunjukkan ketokohan
dalam dunia korporat, beliau turut mempunyai minat yang mendalam di
dalam bidang sukan khususnya hoki, ragbi, bola sepak dan kriket.
Beliau dilantik sebagai ahli Majlis USM
sejak tahun 1978 sehingga 1999 dan kemudiannya menjadi ahli Lembaga
Pengarah USM dari tahun 1999 sehingga kini (Lembaga Pengarah kini
dikenali sebagai Lembaga Gabenor USM).
Sebagai mengiktiraf sumbangan dan
ketokohan beliau di dalam memajukan sektor perindustrian negara, beliau
turut dianugerahkan dengan Ijazah Kehormat Doktor Ekonomi oleh USM di
Upacara Konvokesyen Ke-35 pada tahun 2006.
Artikel dipetik daripada : SINI
Oleh:
Chuah How Siang
Exco Penerbitan, Publisiti & Informasi
Majlis Perwakilan Pelajar 2010/11
Universiti Sains Malaysia
Majlis Perwakilan Pelajar USMhttp://www.blogger.com/profile/16307750188266545353noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2053846288553258745.post-61263822603050348012011-11-21T00:01:00.000+08:002011-11-22T00:02:24.137+08:00YTS SUMBANG DANA BANTU PELAJAR
PULAU PINANG, 9 Nov - Yayasan Tun
Sardon (YTS) bersetuju untuk memberi bantuan pinjaman kewangan kepada
pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) yang kurang berkemampuan melalui
tabung khas yang dikenali sebagai Tabung Pinjaman Yayasan Tun Sardon.
Naib Canselor USM, Prof. Dato' Omar
Osman berkata, sumbangan permulaan oleh YTS berjumlah RM50,000 itu akan
digunakan bagi membiayai pinjaman kewangan jangka panjang kepada pelajar
USM yang tidak berkemampuan.
Katanya, sokongan dan sumbangan YTS itu
secara tidak langsung dapat menjadi alternatif kepada mana-mana pelajar
yang tidak tersenarai untuk menerima pinjaman dari peminjam lain seperti
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan sebagainya.
``Pihak universiti amat berbesar
hati dengan wujudnya kerjasama bersama YTS dan berharap jalinan yang
dibina turut mampu menjayakan hasrat universiti dalam melahirkan insan
yang cemerlang yang mampu menyumbang semula kepada pembangunan negara.
``Pihak universiti dalam mempelbagaikan
alternatif bantuan kepada pelajar amat berharap kerjasama seumpama
ini turut disokong dan disertai oleh pihak-pihak lain,'' katanya dalam
ucapan sempena majlis penandatanganan memorandum persefahaman (MoU)
dengan YTS di sini hari ini.
Pengerusi YTS, Dato' Rizal Al-Amin
pula berkata, pinjaman tersebut bertujuan untuk meringankan beban
pelajar dalam menyara kos pembelajaran di menara gading termasuk yuran,
sara hidup dan sebagainya.
Katanya, penyaluran dana itu turut
menjadi salah satu cara YTS menunaikan tanggungjawab dalam memberi
bantuan untuk para pelajar yanga datang dari keluarga berpendapatan
rendah menunaikan impian mereka untuk bergelar mahasiswa.
``YTS turut berbangga kerana dapat
bekerjasama dengan sebuah universiti yang mempunyai reputasi tinggi di
negara ini dan kerjasama ini juga menjadi sebahagian cara untuk YTS
mengiktiraf pencapaian USM,'' katanya.
Tambah beliau, pihaknya turut akan
melihat perkembangan tabung berkenaan dari masa ke semasa dan bercadang
untuk meningkatkan jumlah tajaan pada masa depan, sekaligus dapat
memabntu lebih ramai pelajar yang memerlukan.
Artikel dipetik daripada : SINI
Oleh:
Chuah How Siang
Exco Penerbitan, Publisiti & Informasi
Majlis Perwakilan Pelajar 2010/11
Universiti Sains Malaysia
Majlis Perwakilan Pelajar USMhttp://www.blogger.com/profile/16307750188266545353noreply@blogger.com0