PULAU PINANG, 26 Sept – Tiga penyelidik
Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya merangkul pingat emas dalam
Pertandingan Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi
Antarabangsa (PECIPTA) 2011 yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru
ini.
Penyelidik berkenaan, Prof. Zainal
Arifin Ahmad dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan & Sumber
Mineral menyumbang emas melalui produk penyelidikan bagi kategori Sains
Gunaan iaitu High Performance of Al203/Y-TZP- filled PMMA Denture Base.
Selain beliau, dua lagi pingat emas disumbangkan oleh Prof. Madya Kamal Zuhairi Zamli menerusi produk xGTWay: Parallel Java Unit testing Execution Tool With Task Resumption Facility dan Prof. Madya Ir. Dr. Cheong Kuan Yew dengan produknya, Chemical Vapor Growth of Nanowires.
Turut mengungguli malam anugerah
tersebut ialah Prof. Madya Dr. Azizi Bahauddin menerusi rekaan tapak
pameran yang berjaya merangkul Best Booth Award.
Selain emas, USM yang menghantar 14
produk penyelidikan daripada 253 yang dipertandingkan berjaya membawa
pulang lima perak dan dua gangsa.
PECIPTA 2011 adalah salah satu aktiviti
di bawah naungan Kementerian Pengajian Tinggi dan ia dijalankan secara
dwi tahunan dan pada tahun ini, Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah
dipertanggungjawabkan untuk menghoskan pertandingan berprestij tersebut.
Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin telah merasmikan PECIPTA 2011 yang bertemakan Invigorating Innovation in the New Economic Model itu.
Oleh:
Chuah How Siang
Exco Penerbitan, Publisiti & Informasi
Majlis Perwakilan Pelajar 2010/11
Universiti Sains Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan