Rabu, 23 Mac 2011

PESANAN RINGKAS YDP MPP 2010/2011

Assalamualaikum...salam 1 Malaysia..                   

                   Sejak akhir-akhir ini kita sering mendengar isu kehilangan barang-barang di sekitar USM. Isu kehilangan yang dilaporkan kebanyakannya melibatkan harta benda yang mempunyai nilai yang tinggi. Misalnya barang-barang seperti komputer riba,motosikal,telefon bimbit dan sebagainya.Perkara ini sebenarnya berlaku sejak dahulu lagi. Tahun lepas misalnya banyak kejadian kecurian berlaku di desasiswa-desasiswa di USM. Kalau dilihat mengapa perkara ini berlaku,ramai yang menganggap ia berpunca daripada kelemahan sistem keselamatan di USM. Perkara ini telah pun diambil berat oleh MPP sebelum-sebelum ini dan begitu juga dengan MPP sidang ini.                

                   Selepas beberapa kali mesyuarat yang diadakan di antara pihak MPP dan pihak jabatan keselamatan, pihak MPP berjaya untuk memberi pandangan dan pendapat mengenai tahap kualiti jabatan keselamatan perlu dipertingkatkan. Perkara ini juga menjadi perhatian oleh pihak tertinggi Universiti yang melihat perkara ini perlu diperbaiki.Namun, perubahan ini tidak boleh di lakukan dengan drastik. Ia perlu melalui prosedur-prosedur dan perlaksanaannya mengambil masa yang mungkin panjang. Pihak jabatan keselamatan USM juga berjanji untuk cuba membaiki dan mempertingkatkan mutu mereka dari semasa ke semasa.              

                   Justeru,nasihat saya kepada rakan-rakan USM agar kita juga perlu mengambil berat tentang keselamatan harta benda kita.Selain daripada bantuan yang disalurkan oleh jabatan keselamatan,kita juga perlu mempunyai inisiatif sendiri untuk kita bekerjasama dengan pihak-pihak yang bertanggungjawab.Jadi saya ingin sarankan kepada rakan-rakan untuk lebih berhati-hati dengan keadaan sekeliling.Misalnya,kita perlu berhati-hati untuk meminjamkan motosikal kita kepada rakan-rakan kita. Kerana ada kes di mana rakan yang meminjam motosikal kita itu membuat kunci pendua di luar jangkaan kita. Jadi tidak hairanlah walaupun motor kita dikunci dengan 5 jenis mangga sekalipun boleh hilang.

                   Begitu juga kalau kita lihat dari segi keselamatan di bilik kita. Ada kes-kes di mana pelajar terbabit bersikap cuai sewaktu meninggalkan bilik mereka. Almari yang ada dalam bilik tersebut juga tidak digunakan sepenuhnya. Jadi, kalau ingin lebih selamat,lebih baik bawa sahaja laptop itu sewaktu kuliah. Saya rasa kaedah ini lebih selamat. Akhir kata, saya mewakili pihak MPP menyeru kepada rakan-rakan untuk kita bersama-sama menjaga keselamatan harta benda kita sendiri. Insyallah kalau semua mahasiswa mengambil berat perkara ini,secara tidak langsung ia dapat mengurangkan sedikit kadar kecurian di USM.Sekian terima kasih.


MUHAMMAD IDZUAN BIN JAMALLUDIN
YDP MPP USM 2010/2011

Khamis, 17 Mac 2011

Perutusan YDP MPP USM 2010/2011

Assalamualaikum..Salam 1 Malaysia dan Salam Kelestarian Teras Pembangunan Insaniversiti...
Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada barisan MPP 2010/11 kerana berjaya mengeluarkan buletin MPP pertama pada kali ini..

Selaku YDP MPP Universiti Sains Malaysia sidang 2010/11, Dengan berbekalkan kepercayaan yang diberikan oleh mahasiswa/i serta pihak Universiti, kami di barisan MPPUSM untuk sidang yang baru ini akan cuba mengemudikan dengan baik bahtera yang sama-sama kami naiki ini dalam merentasi arus dan gelombang pelayaran yang pastinya penuh dengan ranjau yang bakal mendatang. Justeru, kami mengharapkan sokongan semua untuk sama-sama berpadu tenaga menuju satu matlamat yang sama iaitu untuk terus mencapai dan mengekalkan kegemilangan Universiti Sains Malaysia.

Kita harus menerima realitinya bahawa alam kemahasiswaan kini tidak lagi sama. Hampir setiap hari, ada saja masalah dan isu baru yang timbul, menyebabkan kita sebagai mahasiswa terkadang berasa tertekan dan ditekan. Keterbukaan mahasiswa/i dalam mengemukakan pandangan dan perspektifnya sendiri berhubung dengan sesuatu masalah, perlulah diberi perhatian dan mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari semua pihak. Saya mewakili MPPUSM pada sidang ini, ingin menyeru kepada pimpinan-pimpinan pelajar melalui organisasi mahupun individu perseorangan agar sentiasa bersedia dalam mengutarakan cadangan atau kritikan membina demi kepentingan bersama.

Segala idea yang diutarakan perlu dibincangkan melalui medium yang lebih ilmiah dan berpaksikan pada keintelektualan sabagai seorang mahasiswa/i. Contohnya melalui saluran dan ruang-ruang organisasi yang dibenarkan oleh pihak universiti tentunya. Pihak MPPUSM sentiasa bersedia menjadi perantara dalam membawa suara mahasiswa/i ke peringkat atasan. Oleh itu, saya mengharapkan agar kita dapat bersatu hati dalam memastikan aspirasi, hak dan kebajikan pelajar terus terbela.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong MPP pada kali ini. Semoga kita dapat bekerjasama dalam menjayakan misi dan visi Universiti...


Muhammad Idzuan bin Jamalludin
Ydp MPP USM 2010/2011

Rabu, 16 Mac 2011

JAWAPAN KEPADA MASALAH WIFI

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Merujuk masalah mahasiswa/mahasiswi utarakan kepada MPP. Permasalahan WiFi adalah masalah yang baru kerana sebelum ini perjalanan WiFi amat memberangsangkan.

Dimaklumkan kepada semua bahawa masalah WiFi yg berlaku kini adalah disebabkan saluran WiFi yang menampung kapasiti pengguna dalam kampus berada pada tahap MAKSIMUM. Hal ini adalah kerana warga USM semakin banyak menggunakan WiFi dan pertambahan ini telah menyebabkan talian menjadi lambat. Selain itu,masalah ini juga disebabkan beberapa faktor berikut:
  1. Penggunaan laman web utk memuat turun movie atau video
  2. Muat turun software
  3. dan penggunaan lain-lain  laman web yang memerlukan kapasiti yang berat.

Menurut Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT), saluran WiFi mulai sibuk dan berada pada tahap maksimum bermula jam 8 pagi hingga 4 pagi. Tambahan pula sikap warga USM yang suka memuat turun movie amatlah tinggi dan menjejaskan kelancaran WiFi dikampus. Peratusan memuat turun amat tinggi dan antara statistik muat turun movie yang tertinggi adalah drama korea, movie melayu dan tidak terkecuali video lucah.

Faktor luaran yang menyebabkan masalah ini berlaku, salah satunya adalah bencana alam yang berlaku di Japan baru-baru ini, kerana antara kabel yang menghubungkan sistem yang digunakan diberitakan menghadapi masalah & kerosakan. Tempoh baikpulih mungkin akan mengambil masa dalam sebulan lebih.

Langkah penyelesaian yang sedang diusahakan oleh pihak PPKT sekarang adalah untuk menyekat beberapa individu yang dikesan menyalahgunakan kemudahan ini. Selain itu,pihak PPKT juga dalam perancangan menutup USMHotspot supaya kelancaran USMSecure dapat berjalan lancar. Namun demikian, hal ini belum diputuskan.

Harapan MPP kepada semua warga kampus agar tidak menyalahgunakan kemudahan WiFi ini kerana salah guna yang anda lakukan mengakibatkan kemudahan ini terjejas dan mendatangkan masalah kepada warga kampus yang lain. Sekiranya kita ingin memperluas jaringan WiFi ini, ia akan memakan masa yang agak lama dan kos yang sangat tinggi. Oleh hal yang demikian, saya berharap warga kampus dapat memahami situasi ini dan jika anda tergolong dalam golongan yang menyalahguna kemudahan ini, saya mohon agar anda dapat memberi kerjasama dalam usaha kita memperbaiki masalah ini. Sebarang masalah, bolehlah diusulkan di group MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR USM 10/11.

Sekian, harap maklum.



MOHD HANIF BIN AHMAD
EXCO PENERBITAN, PUBLISITI & INFORMASI
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR USM 2010/11

Selasa, 15 Mac 2011

Hubungi Kami

Jika terdapat sebarang masalah, komen, pendapat, dan sebagainya, anda boleh menghubungi kami di

    atau emelkan kepada kami di mppusm1011@gmail.com.

    Alamat surat-menyurat:

    Pejabat Majlis Perwakilan Pelajar
    Kompleks Cahaya Siswa
    Universiti Sains Malaysia
    11800 Minden
    Pulau Pinang.


    Sekian, terima kasih.


    Majlis Perwakilan Pelajar 2010/2011
    Universiti Sains Malaysia

    Organisasi MPPUSM 2010/11

    Klik untuk Saiz BESAR


    MAJLIS TERTINGGI MPPUSM KAMPUS INDUK 2010/11

    Naib Yang DiPertua 1 : Muhamad Hafiz Bin Abu Kasim
    Naib Yang DiPertua 2 : Ng Ze Shen
    Naib Yang DiPertua 3 : Tharshini Phriyaa A/P Rathakrishnan
    Setiausaha Agung : Fatin Syamila Binti Fadzil
    Setiausaha Kerja : Ismalia Binti Hasimi
    Bendahari Kehormat : Izzah Syahmina Binti Anuar


    EXCO MPPUSM 2010/11

    Exco Kebajikan & Kesejahteraan Mahasiswa

    Exco Pembangunan Lestari & Kampus Sejahtera

    Exco Pembangunan Akademik, Kerjaya & Masyarakat

    Exco Pembangunan Mahasiswa & Pengantarabangsaan
    Bayang Anak Uding

    Exco Penerbitan, Publisiti & Informasi

    Exco Pembangunan Insaniah
    Yama A/L Awang Kechik

    Exco Sukan & Rekreasi

    Exco Keusahawanan & Penjanaan Ekonomi


    'Kelestarian Teras Pembangunan Insaniversiti'
    MPPUSM 2010/11





    MPPUSM KAMPUS KEJURUTERAAN 2010/11

    Pengerusi Sekretariat Kejuruteraan : Muhamad Fazil Bin Jamaluddin
    Naib Pengerusi  : Muhammad Shazril Idris Bin Ibrahim
    Setiausaha Agung : Khairunnisa Binti Salleh

    Perwakilan Pembangunan Akademik, Kelestarian & Perhubungan Luar
    Wong Xin Xin

    Perwakilan Pembangunan Helwi, Kebajikan & Kerohanian
    Ameera Nadia Binti Mohd Shafiee

    Perwakilan Pembangunan Sukan, Rekreasi & Pembangunan Siswa
    Mohd Saidina Bin Dandan Satia

    Perwakilan Pembangunan Multimedia, Publisiti & Penerbitan
    Mohammad Hazwan Bin Mohammad Razalli