PULAU PINANG, 28 Feb 2012 – ‘Asas
keusahawanan perlu dipelajari dengan teknik yang betul supaya ilmu yang
diperoleh akan dapat dimanfaatkan sebaiknya jika seseorang melangkah ke
dunia perniagaan nanti.’
Demikian kata Timbalan Dekan, Pusat
Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Prof.Madya Hajar Abd Rahim semasa hadir
merasmikan Bazar Amal Ilmu Kemanusiaan (BAIK) 2012 di Foyer Dewan Tuanku
Syed Putra, Universiti Sains Malaysia (USM) di sini semalam.
Menurut beliau lagi, selain dari memberi
peluang kepada para pelajar bagi mencari dana sendiri untuk tabung
persatuan, hasil-hasil jualan yang diperoleh juga digunakan untuk
disalurkan kepada badan-badan kebajikan.
‘Diharapkan dengan adanya program
seperti ini, ia dapat membangkitkan kesedaran warga USM tentang
tanggungjawab sosial yang harus dipikul bersama,'' ujar beliau.
Bazar amal ini akan berlangsung
selama tiga hari bermula 28 Februari dan disertai oleh hampir 30 gerai
yang menjual pelbagai barangan seperti buku-buku ilmiah, barangan
komputer, makanan dan minuman serta kaunter pendermaan darah yang
dianjurkan bersama Pusat Sejahtera USM.
Oleh:
Chuah How Siang
Exco Penerbitan, Publisiti & Informasi
Majlis Perwakilan Pelajar 2010/11
Universiti Sains Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan