
PULAU PINANG, 29 Feb 2012 – Universiti
Sains Malaysia (USM) melalui pakar teknologi maklumat (IT) dan
penyelidik Pusat Pengajian Sains Komputer (PPSK) berjaya menghasilkan Forensic Analysis and Discovery System atau FADS yang mampu merekod dan mengenal pasti bukti sahih sekiranya berlaku jenayah siber dari dalam dan luar negara.
Ketua Penyelidik merangakap pensyarah
PPSK, Dr. Aman Jantan berkata, sistem pertahanan yang dibangunkan itu
adalah yang pertama di Malaysia yang berupaya menyimpan bukti digital
dan menyediakan laporan lengkap sekiranya berlaku serangan seperti
penggodam, Malware, Spoofing dan sebagainya.
``Sistem ini memudahkan pihak berkuasa
melakukan proses siasatan dengan lebih terperinci dan mampu mengemukakan
bukti pesalah siber tanpa ada sebarang pertikaian” katanya semasa
sidang media khas diadakan di USM, di sini semalam.
Tambahnya lagi, masyarakat di Malaysia
kini terdedah dengan pelbagai risiko jenayah penyelewangan internet
kerana kebanyakan transaksi dan urusan kewangan banyak menggunakan
rangkaian internet.
``Kita mempunyai pelbagai kemudahan
internet seperti perbankan internet, e-dagang, kad kredit dan kemudahan
atas talian lain yang terdedah dengan risiko jenayah siber melalui
rangkaian,’’ ujarnya.
Belaiu berkata, melalui analisa yang
dilakukan, banyak aduan diterima mengenai penggodam transaksi tersebut
tetapi bukti sahih tidak dapat dikemukakan memandangkan sistem sedia ada
tidak mampu menyimpan bukti lengkap mengenai penggodam tersebut.
``Melalui inovasi FADS, sistem rangkaian akan diawasi secara aktif oleh server dan hasil pengawasan digital tersebut akan disimpan di dalam sistem pengkalan data, seterusnya FADS Client akan melakukan analisis untuk mencari bukti kukuh yang berkaitan dengan serangan tersebut,” jelasnya.
Penyelidikan FADS bermula pada bulan
Julai 2012 dengan kos sebanyak RM231,000 yang ditaja oleh geran
Universiti Penyelidikan (RU) USM selama 3 tahun.
FADS turut meraih pingat perak pada
pertandingan penyelidikan kebangsaan, Malaysia Technology Expo (MTE) di
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada pertengahan Februari lalu.
Turut hadir pada sidang media tersbeut
ialah Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Komputer, Bahagian Pengajian
Siswazah dan Penyelidikan, Prof. Ahamad Tajudin Khader.
Oleh:
Chuah How Siang
Exco Penerbitan, Publisiti & Informasi
Majlis Perwakilan Pelajar 2010/11
Universiti Sains Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan