PULAU PINANG, 27 Jul – Universiti Sains Malaysia (USM) mengukuhkan kolaborasinya dengan universiti di rantau Asean apabila tiga memorandum persefahaman (MoU) dan memorandum perjanjian (MoA) ditandatangan di sini hari ini.
Universiti yang terlibat adalah
Universitas Muhammadiyah Yogyakarta dan Universitas Sebelas Maret (UNS),
masing-masing dari Indonesia serta Prince of Songkla University (PSU),
Thailand.
Naib Canselor USM, Prof. Tan Sri Dato’
Dzulkifli Abdul Razak berkata, fokus MoU/MoA berkenaan diberikan kepada
usaha meningkatkan pencapaian dalam tiga bidang utama termasuk sains,
kejuruteraan dan sains kemasyarakatan.
Katanya, teknologi getah dan polimer
adalah antara bidang tumpuan yang akan diperkukuhkan dalam aspek
kejuruteraan, selain turut melihat kepada potensi perkongsian akademik
dalam bidang sains dan sains kemasyarakatan.
``Kerjasama ini memperlihatkan saling
pertukaran maklumat, pendapat dan penyelidikan di antara universiti
dalam membina keupayaan modal insan untuk masa depan serta menjalankan
pembangunan penyelidikan (R&D) yang relevan kepada masyarakat,’’
katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang
media sejurus tamat majlis penandatangan MoA/MoU itu. Turut hadir ialah
Rektor UMY, Ir. HM Dasron Hamid, Rektor UNS, Prof. Dr. Ravik Karsidi
serta Presiden PSU, Prof. Madya Dr. Boonsom Siribumrungsuhka.
Tambah beliau, kerjasama di antara
keempat-empat universiti turut disifatkan sebagai satu langkah proaktif
ke arah mewujudkan ruang perkongsian maklumat dan kepakaran, selain
mengeratkan hubungan serantau.
Tambah beliau, kerjasama dengan UMY
misalnya akan memperlihatkan usaha ke arah memperkukuhkan pencapaian
akademik melalui aktiviti seperti pertukaran pelajar, pensyarah dan
sebagainya.
``Diharapkan kolaborasi sumpama ini
dapat memupuk kesefahaman di antara semua pihak dan dalam masa yang sama
dapat memberi impak dan input yang boleh membantu masyarakat dalam
segala hal,’’ katanya.
Artikel dipetik daripada : SINI
Oleh:
Chuah How Siang
'KELESTARIAN TERAS PEMBANGUNAN INSANIVERSITI'
Oleh:
Chuah How Siang
Exco Penerbitan, Publisiti & Informasi
Majlis Perwakilan Pelajar 2010/11
Universiti Sains Malaysia
'KELESTARIAN TERAS PEMBANGUNAN INSANIVERSITI'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan