
Orang Kelainan Upaya (OKU) menjadi
tetamu istimewa dan menerima sumbangan sempena majlis jamuan tengahari
Persatuan Wanita Universiti Sains Malaysia (PWUSM) di Hotel Evergreen
Laurel, di sini baru-baru ini.
Majlis tersebut dihadiri oleh Naib
Canselor USM, Prof. Dato’ Omar Osman dan Puan Sri Fawziah Mohd. Abu
Bakar, isteri kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor
Mohamed Yakcop.
Jamuan yang disertai lebih seratus ahli
persatuan itu turut menyaksikan pelantikan penaung baru PWUSM, Datin
Noraizan Jamaludin, yang juga isteri kepada Naib Canselor USM serta
pelancaran laman sesawang PWUSM.
PWUSM juga turut menerima sumbangan
berjumlah RM3,000 daripada Puan Sri Fawziah dalam majlisyang turut
diselangi pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan tarian,
permainan, cabutan bertuah dan sebagainya.
Oleh:
Chuah How Siang
Exco Penerbitan, Publisiti & Informasi
Majlis Perwakilan Pelajar 2010/11
Universiti Sains Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan