PULAU PINANG, 26 SEPTEMBER 2011: Prof.
Syed Azhar Syed Sulaiman, Dekan, Pusat Pengajian Sains Farmasi,
Universiti Sains Malaysia (USM) mencatat sejarah apabila terpilih
menerima Anugerah Farmasi MPS 2011.
Beliau adalah tenaga akademik pertama USM yang terpilih menerima anugerah tersebut.
Anugerah tersebut disampaikan oleh Dato’
Sri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia dalam majlis khas di
Kuala Lumpur hari ini.
Anugerah Farmasi MPS diwujudkan oleh
Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) bagi mengiktiraf sumbangan dan
ketokohan ahli farmsi di negara ini yang telah menunjukkan kecemerlangan
di dalam dan luar negara. Penerima anugerah ini juga perlu terdiri
daripada tenaga pakar bidang farmasi yang telah menghasilkan mutu kerja
yang terbukti telah memberikan sumbangan kepada negara dan komuniti
global.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh
MPS, penerima anugerah ini sekaligus turut dianggap sebagai ahli farmsi
terulung di negara ini yang telah mempamerkan nilai-nilai standard dan
etika profesyen sebagai ahli farmasi, memainkan peranan yang aktif di
dalam menyokong kegiatan MPS, berjaya mempamerkan imej positif dan
menjadi model rujukan dalam bidang farmasi, memperlihatkan pengetahuan
yang luas dalam bidang tersebut serta telah memberikan sumbangan di
dalam pembangunan organisasi di mena mereka berkhidmat.
Syed Azhar sebelum ini juga pernah
muncul sebagai ahli farmasi pertama di negara ini yang menerima anugerah
berprestij Federation of Asian Pharmaceutical Association (FAPA)
Ishidate Award 2010 bagi Kategori Tokoh Pendidik Unggul dalam bidang
Farmasi Klinikal.
Artikel dipetik daripada : SINI
Oleh:
Chuah How Siang
Exco Penerbitan, Publisiti & Informasi
Majlis Perwakilan Pelajar 2010/11
Universiti Sains Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan