PULAU PINANG, 13 OKTOBER 2011:
Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi Pusat Pengajian Siswazah
Perniagaan (GSB) mengambil inisiatif menganjurkan Seminar Akta
Persaingan 2010 bertujuan untuk membina kefahaman ahli-ahli perniagaan
tentang akta tersebut yang bakal berkuatkuasa tahun hadapan.
Tan Sri Dato’ Seri Siti Norma Yaakob,
Pengerusi, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) hadir bagi merasmikan
seminar sehari tersebut.
Akta Persaingan 2010 digazetkan pada
bulan Jun 2010 dan akan berkuatkuasa pada Januari 2012 dengan hasrat
untuk mempromosi dan menggalakkan persaingan sihat dalam pasaran,
melindungi pengguna serta menggiatkan pertumbuhan ekonomi negara.
Seramai lebih 100 peserta yang terdiri
daripada wakil-wakil industri dan perkilangan hadir ke program tersebut
yang menyaksikan pembentangan berhubung Akta persaingan 2010 oleh Mohd
Aidil Tupari, Pengarah Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
MyCC dan selain dua sesi lain yang membincangkan tentang impak kepada
perniagaan dan pengguna serta isu dan cabaran ke arah perlaksanaan Akta
Persaingan 2010.
Antara pembentang-pembentang terlibat
termasuklah Dr. Cheah Chee Wah, pakar ekonomi MyCC, Prof. Lai Yew Wah
dari USM, Taufik Ariyanto mewakili Suruhanjaya Persaingan Indonesia,
Shila Dorai Raj, Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Prof. Datin Hasnah Haron,
Dekan GSB USM, Stephanie Yon, Pakar Persaingan Antarabangsa dari
Perancis dan Prof. Madya Sofri Yahya juga dari GSB USM.
Artikel dipetik daripada : SINI
Oleh:
Chuah How Siang
Exco Penerbitan, Publisiti & Informasi
Majlis Perwakilan Pelajar 2010/11
Universiti Sains Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan