PULAU PINANG, 2 Okt – Hampir 4000
peserta membanjiri Stadium Universiti Sains Malaysia (USM) begi
menjayakan larian keamanan, satu wadah bagi mengukuhkan kesedaran
terhadap isu-isu keamanan sejagat yang julung kali diadakan di negeri
ini.
Larian yang disertai pelbagai lapisan
masyarakat termasuk golongan kelainan upaya, kanak-kanak, veteran dan
sebagainya yang merangkumi semua kaum itu turut diadakan serentak dengan
sambutan Sambutan Hari Tanpa Keganasan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB).
Naib Canselor USM, Prof. Dato’ Omar
Osman berkata, kejayaan penganjur dalam menarik bilangan peserta yang
begitu besar pada hari itu perlu dijadikan sebagai penanda asas untuk
dipertingkatkan pada masa depan.
Katanya, USM sedia bekerjasama dalam
aktiviti-aktiviti seumpama itu yang disifatkan bukan sekadar meraih
kesedaran awam, sebaliknya dapat menyihatkan tubuh badan dan
kesejahteraan masyarakat.
``Kita gembira menyambut ribuan peserta
pada hari ini dan berharap ia akan diteruskan pada tahun hadapan,’’
katanya ketika berucap sebelum melepaskan (flag off) para peserta untuk
menyudahkan larian sejauh lima kilometer di dalam kampus USM.
Sementara itu, larian keamanan tersebut
adalah program bersama USM melalui Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian
Antarabangsa (CenPRIS) dan pertubuhan pelajar (AIESEC) dengan The
Taiping Peace Initiative
Program berkenaan dibuat bagi meraih
kesedaran ramai berkenaan isu keamanan yang kini semakin meruncing di
saat banyak negara-negara di luar berdepan konflik keganasan dan
pemberontakan yang telah meragut ribuan nyawa insan.
Peranan masyarakat secara kesuluruhan
melalui acara seumpama ini dilihat sangat signifikan khususnya dalam
meraih sokongan para belia bagi membantu meningkatkan kempen keamanan
sejagat.
Artikel dipetik daripada : SINI
Oleh:
Chuah How Siang
Exco Penerbitan, Publisiti & Informasi
Majlis Perwakilan Pelajar 2010/11
Universiti Sains Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan