PULAU PINANG, 12 Ogos – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak berpuas hati dengan perjalanan pemilihan Ahli Senat dalam kalangan Profesor melalui proses pengundian yang dijalankan di USM, di sini semalam.
Katanya, beliau berterima kasih kepada
semua petugas yang terlibat dan berharap pemilihan di bawah
penguatkuasaan perlembagaan baru USM itu dapat menambah baik proses
sedia ada.
``Saya mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua yang telah menjayakan proses pemilihan ini,’’
katanya selepas menandatangani perakuan pengesahan keputusan pemilihan
di Dewan Utama Pelajar.
Sementara itu, pemilihan tersebut
menyaksikan sejumlah 142 calon bertanding untuk mengisi 41 kerusi ahli
senat meliputi enam kelompok utama termasuk hybrid, sastera, sains,
kejuruteraan, kesihatan & perubatan dan pusat
penyelidikan/perkhidmatan.
Proses pemilihan diadakan serantak di
empat pusat pengundian termasuk di Kampus Induk Pulau Pinang, Kampus
Kejuruteraan Nibong Tebal, Kampus Kesihatan Kelantan dan Institut
Perubatan Dan Pergigian Termaju Usm, Kepala Batas.
Artikel dipetik daripada : SINI
Oleh:
Chuah How Siang
'KELESTARIAN TERAS PEMBANGUNAN INSANIVERSITI'
Oleh:
Chuah How Siang
Exco Penerbitan, Publisiti & Informasi
Majlis Perwakilan Pelajar 2010/11
Universiti Sains Malaysia
'KELESTARIAN TERAS PEMBANGUNAN INSANIVERSITI'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan