PULAU PINANG, 12 Sept – Universiti Sains Malaysia (USM) menjadi universiti awam pertama di negara ini yang mengadakan pemilihan Ahli Senat dalam kalangan ahli akademik (profesor) melalui kaedah pengundian yang dijalankan di sini hari ini.
Naib Canselor USM, Prof. Tan Sri Dato’
Dzulkifli Abdul Razak berkata, langkah itu dilakukan sejajar dengan
penguatkuasaan perlembagaan baru USM yang telah digazetkan pada Julai
2011.
Katanya, proses pengundian itu dibuat
bagi memilih 41 Ahli Senat dalam kalangan Profesor bagi mengimbangi
sejumlah 41 Ahli Senat yang dilantik secara automatik yang terdiri dari
ketua-ketua jabatan di USM.
``Dalam sistem lama, proses pemilihan
Ahli Senat bagi Profesor dibuat oleh Naib Canselor dan jumlahnya pula
adalah seramai 20 orang sahaja,’’ katanya ketika sidang media di sini
hari ini.
Tambah beliau, penambahan itu dibuat
bagi mengimbangi jumlah ahli yang dilantik secara aotomatik, menjadikan
keseluruhan ahli senat terkini sebanyak 87 orang dengan 41 adalah ketua
jabatan, profesor (41), naib canselor dan empat timbalan naib canselor.
Katanya jumlah calon yang layak untuk
bertanding adalah 195 orang manakala pemilih yang terdiri daripada
Profesor, Profesor Madya sepenuh masa dan Profesor Kunjungan USM adalah
seramai 576 orang.
Dzulkifli berkata pemilihan Profesor
sebagai ahli senat mengikut kaedah ini selaras dengan Seksyen 24 (1)
(Perlembagaan USM) dan pemilih hanya terdiri daripada Profesor dan
Profesor Madya sepenuh masa serta Profesor Kunjungan USM.
Katanya, pemilihan itu turut dibuat bagi
mewujudkan praktis demokrasi dalam universiti, sekaligus mewujudkan
satu ruang yang lebih liberal dan terbuka khususnya dalam aspek tadbir
urus.
``Perlembagaan USM sedikit berbeza
dengan universiti lain kerana sebagai universiti Apex (Program Pemacuan
Untuk Kecemerlangan), kita mempunyai sedikit kelonggaran," katanya
sambil mengumumkan cadangan memasukkan wakil pelajar sebagai ahli Senat
pada masa akan datang.
Sementara itu, pemilihan tersebut
menyaksikan sejumlah 142 calon bertanding untuk mengisi 41 kerusi ahli
senat meliputi enam kelompok utama termasuk Hybrid, Sastera, Sains,
Kejuruteraan, Kesihatan & Perubatan dan Pusat
Penyelidikan/Perkhidmatan.
Prpses pemilihan diadakan serantak di
empatpusat pengundian termasuk di kampus Induk Pulau Pinang, Kampus
Kejuruteraan Nibong Tebal, Kampus Kesihatan Kelantan dan Institut
Perubatan dan Pergigian Termaju USM, Kepala Batas.
Oleh:
Chuah How Siang
Exco Penerbitan, Publisiti & Informasi
Majlis Perwakilan Pelajar 2010/11
Universiti Sains Malaysia
'KELESTARIAN TERAS PEMBANGUNAN INSANIVERSITI'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan