Selasa, 27 September 2011

PELAJAR USM RANGKUL GELARAN YOUNG SCIENTIST AWARD

PULAU PINANG, 26 Sept – Seorang pelajar dari Pusat Pengajian Teknologi Industri, Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya merangkul gelaran Young Scientist Award di 6th Asian Conference for Lactic Acid Bacteria (ACLAB6) di Sapporo, Jepun baru-baru ini.
Kemenangan pelajar berkenaan, Fung Wai Yee diperoleh menenerusi kajian beliau mengenai kegunaan sisa pertanian untuk menghasilkan fiber nano, yang digunakan untuk melindungi bakteria baik.
Kajian bertajuk Nanoencapsulation of lactic acid bacteria using nanofibers from agrowastes itu turut memberi tuah kepada Wai Yee apabila dia terpilih di antara 100 peserta terbaik sebelum berjaya merebut gelaran Asian Young LAB Scientist Award.
ACLAB6 dianjurkan oleh Japan Society for Lactic Acid Bacteria (JSLAB) & Asian Federation of Societies for Lactic Acid Bacteria (AFSLAB) dengan kerjasama International Union of Microbiological Society (IUMS).
Pertandingan ini juga dibuat bersempena kongres IUMS yang turut dihadiri oleh lebih kurang 3,000 peserta termasuk pembentang kertas kerja dari pelbagai disiplin ilmu termasuk bakterialogi, mikrobiologi gunaan, micology, virology dan sebagainya.

Artikel dipetik daripada : SINI


Oleh:
Chuah How Siang
Exco Penerbitan, Publisiti & Informasi
Majlis Perwakilan Pelajar 2010/11
Universiti Sains Malaysia

Tiada ulasan: