Selasa, 4 Oktober 2011

HAMPIR 4,000 JAYAKAN LARIAN KEAMANAN

PULAU PINANG, 2 Okt – Hampir 4000 peserta membanjiri Stadium Universiti Sains Malaysia (USM) begi menjayakan larian keamanan, satu wadah bagi mengukuhkan kesedaran terhadap isu-isu keamanan sejagat yang julung kali diadakan di negeri ini.
Larian yang disertai pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan kelainan upaya, kanak-kanak, veteran dan sebagainya yang merangkumi semua kaum itu turut diadakan serentak dengan sambutan Sambutan Hari Tanpa Keganasan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Naib Canselor USM, Prof. Dato’ Omar Osman berkata, kejayaan penganjur dalam menarik bilangan peserta yang begitu besar pada hari itu perlu dijadikan sebagai penanda asas untuk dipertingkatkan pada masa depan.
Katanya, USM sedia bekerjasama dalam aktiviti-aktiviti seumpama itu yang disifatkan bukan sekadar meraih kesedaran awam, sebaliknya dapat menyihatkan tubuh badan dan kesejahteraan masyarakat.
``Kita gembira menyambut ribuan peserta pada hari ini dan berharap ia akan diteruskan pada tahun hadapan,’’ katanya ketika berucap sebelum melepaskan (flag off) para peserta untuk menyudahkan larian sejauh lima kilometer di dalam kampus USM.
Sementara itu, larian keamanan tersebut adalah program bersama USM melalui Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CenPRIS) dan pertubuhan pelajar (AIESEC) dengan The Taiping Peace Initiative
Program berkenaan dibuat bagi meraih kesedaran ramai berkenaan isu keamanan yang kini semakin meruncing di saat banyak negara-negara di luar berdepan konflik keganasan dan pemberontakan yang telah meragut ribuan nyawa insan.
Peranan masyarakat secara kesuluruhan melalui acara seumpama ini dilihat sangat signifikan khususnya dalam meraih sokongan para belia bagi membantu meningkatkan kempen keamanan sejagat.


Artikel dipetik daripada : SINI


Oleh:
Chuah How Siang
Exco Penerbitan, Publisiti & Informasi
Majlis Perwakilan Pelajar 2010/11
Universiti Sains Malaysia


Tiada ulasan: