Sabtu, 1 Oktober 2011

PELAJAR SAMBUT BAIK PELANTIKAN NAIB CANSELOR

DSC_0015
ULAU PINANG, 29 Sept – Siswa dan siswi Universiti Sains Malaysia (USM) mengalu-alukan pelantikan Prof. Dato’ Omar Osman sebagai Naib Canselor USM, berkuatkuasa 28 September 2011 hingga 27 September 2014.
Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar, Muhammad Idzuan Jamalludin berkata, warga kampus khususnya para pelajar sangat mengalu-alukan pelantikan tersebut dan mengucapkan tahniah kepada beliau.
``Naib Canselor mempunyai karisma dalam kepimpinan dan pelantikan beliau dilihat mampu membawa USM ke mercu kecemerlangan dalam mencapai agenda APEX negara. 
``Beliau juga mesra dengan pelajar dan seringkali melontarkan idea-idea kritikal yang menyumbang terhadap pembentukan sahsiah dan kepimpinan pelajar,’’ katanya.
Idzuan turut mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada mantan Naib Canselor, Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak dan berpendapat sumbangan beliau dalam menaikkan nama universiti tidak ternilai dengan kata-kata. 
``Beliau diibaratkan sebagai seorang lagenda yang telah banyak membawa perubahan dalam universiti termasuk memacu corak pemikiran warga kampus dan masyarakat ke arah kehidupan yang lebih baik dan lestari,’’ jelas beliau.


Artikel dipetik daripada : SINI


Oleh:
Chuah How Siang
Exco Penerbitan, Publisiti & Informasi
Majlis Perwakilan Pelajar 2010/11
Universiti Sains Malaysia

Tiada ulasan: