Khamis, 20 Oktober 2011

USM TERIMA 1,168 PELAJAR SISWAZAH BARU USM 2011/2012

usmips
Pulau Pinang, 15 Okt. – Universiti Sains Malaysia (USM) menerima seramai  1,425 pelajar siswazah baru sidang akademik 2011/2012 untuk mengikuti pelbagai program Ijazah Tinggi dan Doktor Falsafah (Ph.D) pada tahun ini.
Daripada jumlah tersebut, seramai 442 orang pelajar adalah dari luar negara meliputi  31 buah negara termasuk Amerika Syarikat, Canada, China, India, Kazakhstan, Pakitan, Palestin dll telah mendaftar sebagai mahasiswa baru USM.
Manakala calon siswazah dari Iran menjadi  calon siswazah tertinggi iaitu seramai 113 orang diikuti Indonesia (53) dan Iraq (53).
Majlis Sambutan Pelajar Siswazah Baru USM telah dirasmikan oleh Naib Canselor, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dato’ Omar Osman yang juga turut menyampaikan amanat kepada pelajar dan penyerahan watikah pelantikan Duta Pelajar Baharu USM bagi tahun 2011.
Menurut Prof. Dato’ Omar Osman, beliau amat gembira dengan peningkatan jumlah statistik penyertaan pelajar Ijazah Lanjutan tahun ini yang memilih USM sebagai destinasi untuk menyambung pengajian ke peringkat Master dan Doktor Falsafah (Ph.D).
“Pihak pengurusan tertinggi universiti amat mengalu-alukan kedatangan anda semua untuk mengikuti program pengajian ijazah tinggi yang ditawarkan di USM. Oleh itu, diharapkan dengan kepakaran yang dimiliki selepas ini, ia dapat membantu dan mencambahkan idea buat universiti sekaligus mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi,” ucapnya ketika merasmikan majlis tersebut.
Pada masa yang sama, Dekan Institut Pengajian Siswazah, Prof. Roshada Hashim semasa ucapannya berkata, tahun ini menunjukkan peningkatan di dalam bilangan kemasukan pelajar siswazah baru terutamanya pelajar antarabangsa yang kini mencapai 2,000 pelajar mengikuti pengajian di USM.
Manakala jumlah keseluruhan pelajar Siswazah untuk tahun 2011 telah meningkat dengan memberangsangkan kepada 9315 orang.
“Sejak tahun 1971, USM telah melatih seramai 17,969 pelajar ijazah tinggi di mana 10 peratus daripadanya telah memperolehi Ph.D. Daripada jumlah tersebut juga, telah ramai berkhidmat dan memegang jawatan tinggi di jabatan-jabatan kerajaan dan swasta di dalam mahupun luar negara"
Turut dimuatkan pada majlis itu adalah program khas, Festival of Nations, yang menyajikan pelbagai aktiviti menarik termasuk pameran, jualan, acara sukan dan persembahan merentasi sempadan budaya yang akan dijalankan di Tapak Ekspo Konvokesyen, USM Pulau Pinang dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.


Artikel dipetik daripada : SINI


Oleh:
Chuah How Siang
Exco Penerbitan, Publisiti & Informasi
Majlis Perwakilan Pelajar 2010/11
Universiti Sains Malaysia


Tiada ulasan: